Thursday 23 August 2012

Simfoni Aidilfitri 2012 (SAMPRIT'12)




Kaherah,20 Ogos 2012 : Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) telah menganjurkan Simfoni Aidilfitri 2012 (SAMPRIT’12). Majlis yang diadakan di Rumah Kedah Lama Hayyu Sabie’ itu telah berlangsung pada hari raya kedua. Ketibaan VIP pada jam 1.30 petang antara yang hadir ialah Ustaz Zulhafeez bin Ahmad Zahidi, Timbalan Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) dan diserikan lagi dengan kehadiran Badan Pengurus Angkat Melaka Iaitu Ustaz Norkhalis Syafiq bin Ahmad dan Badan Pengurus yang lain serta Hewi PMRAM. Tidak ketinggalan juga wakil dari setiap Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) yang turut sama memeriahkan lagi SAMPRIT’12. Serta tidak dilupakan kepada semua ahli BKKIMM yang telah turun padang untuk menjaya SAMPRIT’12.

Majlis diteruskan lagi dengan majlis perasmian yang dipengerusikan oleh Saudara Zulkifli bin Ab Rahob, bagi memberkati lagi majlis ulanan bacaan ayat-ayat suci al-Quran yang dialunkan oleh Saudara Muhamad Nuralif bin Radani, seterusnya ucapan dari Pengarah SAMPRIT’12, Saudara Mohd Shabaney bin Ahmad Jafri dan ucapan alu-aluan dari Ustaz Khairul Fadhli bin Husin, selaku Yang Di-Pertua Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir sesi 2012/2013. Dan akhirnya kemuncak majlis perasmian SAMPRIT’12 telah disempurnakan oleh al-Fadhil Ustaz Zulhafeez bin Ahmad Zahidi Timbalan Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). Dengan bacaan Ummul Kitab,SAMPRIT’12 telah berjaya dirasmikan. Gimik perasmian pula ada dua yang pertama memotong bunga di atas replica rumah kampong dan kedua meletupkan meriam. Majlis perasmian tamat pada jam 3.00 petang.

Seterusnya,majlis diteruskan dengan sesi fotografi bersama-sama dengan semua tetamu yang hadir pada SAMPRIT’12. Dan akhirnya, sesi tayangan video yang telah disediakan oleh Unit Teknikal. Siaraya dan Rakaman, Saudara Muhammad Daud bin Ashaari. Dan seterusnya, agenda diteruskan lagi dengan solat asar berjemaah yang diimamkan oleh Saudara Mohamad Syafiq bin Aziz.

Seterusnya,majlis diteruskan dengan majlis jamuan hari raya yang telah disediakan oleh Saudara Zulhilmi bin Suboh berrsama-sama dengan timbalan Unit Jamuan dan Hidangan. Sambil-sambil tetamu menjamu selera Kumpulan Soutul Azim telah membuat persembahan sebagai halwa telinga buat tetamu yang hadir. Dengan majlis jamuan itu tadi maka berakhirlah sudah SAMPRIT’12 untuk tahun ini. Dan SAMPRIT’12 telah melaburkan tirai kira-kira pada jam 6.00 petang.

Terima kasih diucapakan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan SAMPRIT’12. Sama ada yang terlibat secara langsung ataupun tidak.

“ Ramadan Dirindui, Mahabbah di Aidilfitri “

“ Memaju Prestasi, Membumi Bakti “

BKKIMM pilihan kami!!!

No comments:

Post a Comment