Wednesday 24 April 2013

MOTIVASI KECEMERLANGAN SIRI 2


Hayyu Sabiek, Kaherah : Ahad bersamaan 21 April 2013 Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir
di bawah Unit Pendidikan telah menganjurkan Motivasi Kecemerlangan sempena peperiksaan yang
bakal tiba tidak lama lagi.

Program yang telah diadakan di Surau Wisma Seri Melaka ini mendapat sambutan yang menggalakkan
di peringkat mahasiswa/wi Melaka di Mesir tidak kira bidang Pengajian Islam mahupun Perubatan.
Kehadiran dijangka mencecah hampir 70 orang termasuk ikhwah dan akhawat.

Program ini diadakan adalah semata-mata untuk menyuntik kembali semangat kepada ahli untuk menghadapi
peperiksaan yang hampir tiba.

 Antara panel yang dijemput adalah Ustaz Abdul Aziz Bin Ali, Presiden
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir selaku wakil di peringkat pengajian islam manakala mewakili
Perubatan adalah Doktor Ahmad Lukman Bin Bukhari selaku Ketua Medical Team Pusat Perubatan.

Program yang dikendalikan oleh Ustaz Muhammad Zawawi b. Zainal Khan selaku pengerusi umum bermula pada jam 8.30 malam dimulakan dengan Al-Fatihah dan kemudiannya diserahkan kepada moderator iaitu Saudara Mohd Shabaney Bin Ahmad Jafri  Ketua Unit Pendidikan BKKIMM  untuk memulakan forum. Program berakhir pada jam 10.40 malam



Akhirnya, terima kasih diucapkan kepada semua yang turut menjayakan program Motivasi Kecemerlangan di bawah anjuran BKKIMM ini.





Memaju Prestasi, Membumi Bakti.
BKKIMM Pilihan Kami!!

Disediakan oleh :
Mohd Shabaney Bin Ahmad Jafri
Ketua Unit Pendidikan,
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir 12/13


Monday 15 April 2013

IJTIMA`KABIR ( MAHABBAH '13 )




            4 April 2013 – PMRAM cawangan Melaka, Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir Sesi 2012/2013 telah mengadakan satu program mega yang berlangsung di surau Wisma Seri Melaka. Ijtima`Kabir adalah program yang saban tahun diadakan pada setiap kali pentadbiran bagi kepimpinan.




          
  Program yang dinamakan “Malam Himpunan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Bersama Ahli”, singkatan Mahabbah`13 bertujuan memastikan di kalangan ahli cakna berkaitan apa yang dibawa oleh pimpinan selaku yang dipertanggungjawabkan berkaitan kebajikan bersama. Selain itu, objektif yang utama adalah muhasabah diantara pimpinan dan juga di kalangan ahli.

            Mahabbah`13 bermula  dengan laungan nasyid Asma`ul Husna, lagu rasmi PMRAM dan salam pembuka oleh Yang DiPertua BKKIMM Ustaz Khairul Fadhli Bin Husin selaku pengerusi. Seterusnya pengenalan ringkas di antara pimpinan dan ahli. Kemudian diikuti dengan agenda pembentangan laporan daripada setiap unit BKKIMM dan sesi soal jawab. Di sini kami bertukar pendapat, idea, dan komentar demi memastikan Bkkimm terus bergerak, sejurus dengan slogan “BKKIMM Pilihan Kami”.



            Antara aktiviti selingan dalam program ini adalah cabutan bertuah. Kemudian, bacaan sajak yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Zawawy Bin Zainal Khan dan diikuti dengan persembahan nasyid yang dikendalikan oleh Ketua Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan, Ustaz Mohamad Nuraliff Bin Radani. Seterusnya penyampaian cenderahati dan sijil penghargaan kepada Wakil-wakil BKKIMM di setiap cawangan.

            Majlis berakhir dengan ucapan Badan Pengurus angkat PMRAM cawangan Melaka, Ustaz Muhammad Syazwan Bin Hamzah, beliau mengingatkan supaya BKKIMM terus menaungi ahli-ahli Melaka yang berada di Mesir dan meminta kepada semua ahli komited dalam apa sahaja bentuk program  yang dianjurkan BKKIMM dan PMRAM Pusat.




"BKKIMM PILIHAN KAMI"
"MEMAJU PRESTASI MEM BUMI BAKTI"

Disediakan oleh:

Mohd Aidil Bin Hassim,
Jabatan Setiausaha Agung,
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM),
sesi 2012/2013.








JAULAH AJKT KE MUHAFAZAH (RAMAH MESRA) SESI 2012/2013


           25, 26, 27 Mac 2013 – PMRAM cawangan Melaka, Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir telah mengadakan program jaulah ke Muhafazah. Objektif dalam perjalanan ini adalah merapatkan hubungan diantara pimpinan dan ahli dan memastikan kebajikan ahli di Muhafazah terjaga.


Perjalanan ini berlangsung selama tiga hari, bermula di Alexandaria, Mansurah, dan berakhir di Tanta. Program ini juga bertujuan beramah mesra diantara pimpinan dan ahli. Sambutan baik yang diberikan dikalangan ahli sebelum, semasa, dan selepas program berlangsung.

Pada 1 April 2013, kami berjaulah ke Shoubra, kali ini melibatkan pimpian ikhwah sahaja. Di setiap Muhafazah kami berkenalan dan bertukar pendapat untuk memastikan Bkkimm terus menjadi pilihan semua ahli Melaka di mesir.
Dalam perjalanan ini pelbagai onak dan duri yang telah kami tempuhi bersama. Walau bagaimanapun, itu adalah ujian dan cabaran bagi sesebuah persatuan yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.
Harapan kami di peringkat pimpinan supaya semua ahli terus memberi sokongan dan dokongan terhadap BKKIMM yang selama ini menjadi persatuan kebajikan bagi seluruh ahli Melaka yang bertebaran di Perlembahan Nil ini. 


"BKKIMM PILIHAN KAMI"
"MEMAJU PRESTASI MEMBUMI BAKTI"

Disediakan oleh:

Mohd Aidil Bin Hassim,
Jabatan Setiausaha Agung,
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM),
Sesi 2012/2013.

Talk Show : KEMPEN SOLAT JEMAAH


10 Mac 2013 bersamaan 28 JamadilAwwal 1434H, Badan Kebajikan Keluarga Islam Mesir sesi 2012/13 di bawah Unit Dakwah telah mengadakan "Kempen Solat Jemaah". Tujuan kempen ini diadakan bagi menarik ahli-ahli Melaka agar mengimarahkan surau Wisma Seri Melaka terutamanya pada waktu solat yang lima.
Majlis bermula dengan kehadiran ahli Melaka di surau WSM dan melaksanakan Solat Maghrib berjemaah. Seterusnya Zikir bacaan qasidah Rasulullah SAW yang di ketuai oleh Ustaz Nuralif bin Radani selaku ketua Unit Kesenian, Kebudayaan dan sukan.

Majlis diteruskan lagi dengan Solat Isya' Jemaah, sebelum bermulanya talk show Kempen Solat Jemaah. Penyampain oleh seorang panel yang tidak asing iaitu Ustaz Mohd Farid Faizi bin Azizan dan seorang jejaka moderater Ustaz Muzammil bin Abu Bashar .Pengisian talk show dibahagikan kepada 3 bahagian, bahagian pertama sirah Rasulullah SAW dalam Solat Fardu. Seterusnya Sesi Soal jawab daripada moderater dan Ahli.

Majlis di akhiri dengan perasmian gimik kempen solat jemaah. Semoga program kempen ini dapat memberi suntikan semangat kepada ahli BKKIMM dengan menerapkan "Adab dan Tarbiah" didalam diri seorang mahasiswa\wi islam.

"MEMAJU PRESTASI MEMBUMI BAKTI"
"BKKIMM PILIHAN KAMI"