Program
yang dinamakan “Malam Himpunan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Bersama Ahli”,
singkatan Mahabbah`13 bertujuan memastikan di kalangan ahli cakna
berkaitan apa yang dibawa oleh pimpinan selaku yang dipertanggungjawabkan
berkaitan kebajikan bersama. Selain itu, objektif yang utama adalah muhasabah
diantara pimpinan dan juga di kalangan ahli.
Antara
aktiviti selingan dalam program ini adalah cabutan bertuah. Kemudian, bacaan
sajak yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Zawawy Bin Zainal Khan dan diikuti
dengan persembahan nasyid yang dikendalikan oleh Ketua Unit Kebudayaan,
Kesenian dan Sukan, Ustaz Mohamad Nuraliff Bin Radani. Seterusnya penyampaian
cenderahati dan sijil penghargaan kepada Wakil-wakil BKKIMM di setiap cawangan.
"BKKIMM PILIHAN KAMI"
"MEMAJU PRESTASI MEM BUMI BAKTI"
Disediakan oleh:
Mohd Aidil Bin Hassim,
Jabatan Setiausaha Agung,
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM),
sesi 2012/2013.
letak ayat nak disembunyikan plak kat sini
No comments:
Post a Comment