Wednesday 20 August 2014

MAKLUMAN KEPULANGAN PEGAWAI ATASE PENDIDIKAN MELAKA

Sejak beberapa minggu yang lalu, Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) telah menerima banyak pertanyaan daripada anak-anak negeri Melaka di Mesir mengenai status Pejabat Pentadbiran Hal Ehwal Pelajar Melaka di Wisma Seri Melaka (WSM), Kaherah.

Hal ini kerana para mahasiswa/wi Melaka yang ingin berurusan dengan pihak pegawai telah mendapati bahawa Pejabat Pentadbiran sementara yang ditempatkan di tingkat bawah WSM tidak dibuka sejak sekian lama.

Berikutan hal tersebut, BKKIMM melalui Yang Di-Pertuanya, saudara Ahmad Rabbani bin Ismail telah mengambil inisiatif untuk menghubungi sendiri pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) di Malaysia.
Respon yang diterima mengesahkan keberadaan pegawai di Malaysia yang sedang bercuti walaupun tiada sebarang pemakluman melalui apa-apa notis sebelum percutian beliau. Tempoh cuti dan kepulangan beliau ke Mesir juga tidak dimaklumkan.

Sehubungan itu, sebarang permasalahan boleh dirujuk kepada Yang Di-Pertua BKKIMM, saudara Ahmad Rabbani Bin Ismail ataupun Setiausaha Agung BKKIMM, saudara Muhammad Haziq Bin Zainal Abidin.

Sekian dimaklumkan.

"MEMURNIKAN PEMIKIRAN MELESTARIKAN KESATUAN"
"MELESTARI KESATUAN MERENTASI PERJUANGAN"

No comments:

Post a Comment