UPP BKKIMM 2017. Powered by Blogger.

Friday, 21 November 2014

BKKIMM TERUS JALIN KERJASAMA


Kaherah, 21 November 2014 – Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) sesi 2014/2015 terus optimis menjalinkan hubungan baik bersama pegawai dengan menganjurkan satu program kerjasama dengan  Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir.  Program yang julung - julung kali diadakan ini  diberi nama “ Bowling Ukhuwah Anak- Anak Negeri Melaka Mesir 2014”.

Program ini telah berlangsung pada 16 November 2014 yang lalu bertempat di International Bowling Centre (IBC) dan telah dikelolai oleh Unit Kebudayaan, Kesenian Dan Sukan (UKKS) BKKIMM. Program tersebut  telah mendapat sambutan yang  amat menggalakkan dengan penyertaan daripada kalangan mahasiswa dan mahasiswi Pengajian Islam juga daripada Sains Perubatan .

Objektif utama program ini adalah bagi mengeratkan lagi ukhuwah dan silaturrahim dikalangan anak  Melaka yang berada di Mesir . Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk mencungkil bakat mahasiswa dalam permainan ini.

  Program ini dimulakan dengan sesi permainan di peringkat siswi pada jam 3.30 petang  dan diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah yang telah disampaikan oleh Saudari Nur Syazwani Binti Saibe selaku Timbalan Ketua Hewi BKKIMM sesi 2014/2015 kepada para pemenang. Kemudian, program diteruskan lagi diperingkat siswa dengan ucapan pembukaan daripada Yang Di-Pertua BKKIMM, Saudara Ahmad Rabbani Bin Ismail dan berakhir dengan majlis penyampaian hadiah yang telah disampaikan oleh Encik Mohd Anwar Bin Idris selaku Pegawai Atase Pendidikan Negeri Melaka di Mesir kepada para pemenang  pada jam 9 malam. Pihak BKKIMM juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada ustaz Halim Bin Tawil selaku wakil Kerajaan Negeri yang turut hadir bagi memeriahkan program ini.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pihak yang bertungkus lumus bagi menjayakan Bowling Ukhuwah Anak-Anak Melaka di Mesir  terutama kepada Unit Kebudayaan, Kesenian, Dan Sukan BKKIMM. Semoga  kerjasama di antara Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir dan juga Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir seperti  ini dapat diteruskan  pada masa-masa yang akan datang.

“MEMARTABAT KEILMUAN MERIBAT KESATUAN”.
“BKKIMM TETAP DI HATI !”







No comments:

Post a Comment

author
BKKIMM
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir kini menjangkau usia 40 Tahun dalam memimpin wadah kesatuan anak Melaka sejak 1976. Tahun demi tahun, badai dan ujian yang datang mematangkan dan menguatkan Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) ini agar terus kukuh dan utuh dalam memimpin wadah ini.