Wednesday 11 February 2015

SUMBANGAN KEPADA PASANGAN KELUARGA PENUNTUT MELAKA DI MESIR

Kaherah, 11 Februari 2015 (Rabu) -  Unit Bait Muslim(UBM) Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) telah mengadakan Majlis sumbangan kepada pasangan keluarga penuntut Melaka di Mesir. Tujuan diadakan sumbangan ini adalah untuk merapatkan lagi ikatan di antara pasangan keluarga anak-anak Melaka  yang berada di Mesir dan saling bertanya khabar sesama pasangan di bawah UBM Melaka yang dikelolai oleh Saudara Khairul Fadhli bin Husin selaku Ketua UBM BKKIMM .


Majlis dimulakan dengan ucapan saudara Khairul Fadhli selaku pengerusi pada majlis tersebut. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang pasangan yang hadir dan juga kepada tuan rumah iaitu saudara Abu Yamin bin Ramli. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ramah mesra sesama pasangan yang hadir dengan kemeriahan yang seadanya.

Majlis diakhiri dengan penyampaian sumbangan yang telah disampaikan oleh Yang Di-Pertua BKKIMM saudara Ahmad Rabbani bin Ismail kepada pasangan-pasangan yang berkenaan. Sumbangan tersebut telah berikan daripada penyumbang-penyumbang di Malaysia kepada pihak UBM BKKIMM.

Akhirnya, pihak BKKIMM sentiasa terus komitmen dalam menjaga kebajikan anak-anak Melaka yang berada di perantauan Mesir samada dari sudut material mahupun spritual.

“BERILMU DAN BERAMAL”
“MEMARTABAT KEILMUAN MERIBAT KESATUAN”
“BKKIMM TETAP DI HATI”

No comments:

Post a Comment