UPP BKKIMM 2017. Powered by Blogger.

Tuesday, 17 February 2015

Majlis Penyerahan Sumbangan BKKIMM Kali Ke-2

Kaherah, 18 Februari 2015: Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) di bawah kelolaan Unit Kebajikan telah mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Kali Ke-2 pada 11 Februari 2015 kepada mahasiswa/wi Melaka Mesir sesi lepas yang tidak mendapat mana-mana tajaan atau pinjaman.

Seramai 29 mahasiswa/wi yang menerima sumbangan tersebut. Mereka terdiri daripada 19 mahasiswa dan 10 mahasiswi dari pengajian Islam dan sains perubatan yang telah menerima sumbangan. Majlis tersebut telah diceriakan lagi dengan kehadiran ahli-ahli BKKIMM yang lain dan bertempat di surau Rumah Melaka Sementara (RMS).

Tujuan sumbangan tersebut diberikan khusus kepada anak-anak Melaka yang tidak mendapat sebarang tajaan mana-mana pihak dan pinjaman daripada Tabung Amanah Pendidikan Melaka (TAPEM), serta membantu meringankan kos pembelajaran mahasiswa/wi Melaka di Mesir.

Unit Kebajikan telah menjemput Ustaz Muhammad Solihin bin Abdullah selaku Naib Presiden III merangkap Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM sesi 2014 bagi merasmi dan menyerahkan sumbangan tersebut kepada mahasiswa/wi pada sesi lepas. Dalam ucapan tersebut, beliau berharap kepada mahasiswa/wi yang memperolehi sumbangan tersebut akan manfaatkannya dengan sebaiknya .

Majlis diakhiri dengan penyerahan cenderhati oleh Yang Di-Pertua BKKIMM Ustaz Ahmad Rabbani bin Ismail kepada Ustaz Muhammad Solihin bin Abdullah atas kesudian meluangkan masa untuk merasmi dan menyerahkan sumbangan pada majlis tersebut.

Akhirnya, semoga BKKIMM terus komitmen dalam menjaga kebajikan dan terus menerus mencurahkan keperhatian kepada anak-anak Melaka yang berada di Mesir.

“BERILMU DAN BERAMAL”
“MEMARTABAT KEILMUAN MERIBAT KESATUAN”
“BKKIMM TETAP DI HATI”

No comments:

Post a Comment

author
BKKIMM
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir kini menjangkau usia 40 Tahun dalam memimpin wadah kesatuan anak Melaka sejak 1976. Tahun demi tahun, badai dan ujian yang datang mematangkan dan menguatkan Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) ini agar terus kukuh dan utuh dalam memimpin wadah ini.