Wednesday 25 February 2015

Wonderful Of Malacca Hometown 2015 (WOAH '15)

25 Februari 2015 : Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) telah berjaya mengadakan program Hari Keluarga yang telah diberi nama Wonderful Of Malacca Hometown 2015 (WOAH '15). Seramai hampir 130 peserta yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi menyertai program ini yang telah dijalankan selama 3 hari. Dengan bertemakan “ We Stay Together”, program ini bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan sesama anak-anak Melaka yang berada di perlembahan nil baik pelajar pengajian Islam mahupun pelajar sains perubatan.

18 Februari 2015 : Majlis Perasmian

Program tersebut telah berlangsung selama 3 hari bermula pada hari Khamis. Majlis perasmian berlangsung pada jam 7 malam didahului dengan kata alu-aluan daripada Pengarah program, Ustaz Zawawy bin Zainal Khan dan Yang Dipertua BKKIMM, Ustaz Ahmad Rabbani bin Ismail. Seterusnya majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ustaz Muhamad Amri bin Ouma yang merupakan wakil Badan Pengurus Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). Majlis dimeriahkan lagi dengan gimik perasmian WOAH’15. Setelah itu, beberapa kumpulan telah dibahagikan berdasarkan jumlah kehadiran agar semua yang hadir dapat melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan.

19 Februari 2015 : Aktiviti Outdoor

Acara luar bagi ikhwah telah diadakan di Mukhayyam Daim dengan pelbagai aktiviti antaranya bola sepak, kadet berkumpulan, tarik tali, sepak raga bulatan serta banyak lagi. Manakala acara luar bagi mahasiswi pula diadakan di Padang Zahra’. Pada sebelah malam pula, anak Melaka melakukan beberapa persembahan antaranya lakonan dan pentomen sambil mereka menikmati barbeku (BBQ).

20 Februari 2015 : Aktiviti Indoor dan Majlis Penutup

Aktiviti dimulakan dengan munajat cinta (qiamullail) dan solat subuh secara berjemaah serta tazkirah yang disampaikan oleh Penasihat BKKIMM, Ustaz Khairul Fadhli bin Husin. Pada jam 7 pagi bermulanya acara indoor bagi mahasiswa yang diadakan di Rumah Melaka Sementara. Manakala bagi mahasiswi pula, ia diadakan di Dewan Rumah Perak B. Antara acara menarik yang diadakan adalah seperti pantun dua kerat, berita berangkai dan banyak lagi. Aktiviti ini berakhir pada jam 12 tengahari. Setelah itu, para peserta menunaikan solat zohor secara berjemaah dan menikmati sedikit jamuan ringan.

Pada sebelah malam pula, slot Pendekar Malam diadakan bertujuan untuk memberikan penerangan kepada mahasiswa/wi berkenaan dengan hisbah dan sistem musyrif. Slot ini di bawah unit Perhubungan, Sambutan dan Rehlah. Program diteruskan lagi dengan gimik walimatul Urus Ustaz Muhammad Daud bin Ashaari dan Ustazah Siti Aisyah binti Mohd Razali. Gimik dibuat dengan alunan kompang dan persembahan silat. Seterusnya majlis penutup diteruskan dengan sketsa anak muda, persembahan Soutul Azim dan penyampaian hadiah serta tayangan video. Majlis berakhir dengan santapan bahagia (jamuan) dan bersurai.

Akhirnya, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada seluruh anak Melaka yang bersama-sama memeriahkan WOAH '15 sama ada secara langsung atau tidak. Tidak dilupakan juga kepada barisan kepimpinan PMRAM, AJKT dan HEWI BKKIMM yang turut bersama dalam menjayakan program ini. Seterusnya kepada seluruh barisan AJK Pelaksana WOAH '15 yang bertungkus lumus dalam melicinkan lagi program ini. Moga-moga dengan terlaksananya program ini dapat mempertautkan ukhuwah serta memperkukuhkan kesatuan yang telah dibina sejak sekian lama.

“We Stay Together”
“Memartabat Keilmuan, Meribat Kesatuan”
“BKKIMM Tetap Di Hati"

Disediakan oleh: Setiausaha Kerja,
Wonderful Of Malacca Hometown (WOAH’15)
Badan kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir
Sesi 2014/2015

1 comment: