Thursday 26 March 2015

JAULAH AJKT BKKIMM MENGERAT HUBUNGAN BERSAMA AHLI MELAKA DI MUHAFAZAH

KAHERAH, 14 Mac 2015 – Barisan kepimpinan Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) 2014/2015 yang terdiri daripada Badan Penasihat, Ahli Jawatankuasa Tertinggi dan Ahli Jawatankuasa HEWI BKKIMM’14/15 telah berjaya menghimpunkan sebahagian besar anak-anak Melaka di tiga buah muhafazah di Pelembahan Nil di bawah program jaulah AJKT kelolaan Jabatan Setiausaha Agung (JSUA) BKKIMM’14/15.

    Seawal jam 8 pagi, tujuh orang pimpinan BKKIMM telah bertolak ke Iskandariah manakala tujuh orang ke Tanta dan enam orang ke Zagazig telah bertolak pada jam 1 tengah hari. Setibanya di destinasi, Para AJKT disambut baik oleh para mandub dan mandubah beserta ahli-ahli di muhafazah. 
 
    Seterusnya, pengisian dan aktiviti yang telah dirancang dapat dijalankan dengan lancar bagi mengisi agenda jaulah AJKT. Turut serta dalam program ialah wakil daripada PERUBATAN Cawangan Zagaziq (PCZ) di rumah ahli, PERUBATAN Cawangan Tanta (PCT) di pejabat PCT dan PERUBATAN Cawangan Iskandariah (PCI) di Asrama Pelajar Malaysia, MARA. Barisan kepimpinan BKKIMM’14/15 juga berkesempatan bertemu dengan wakil Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig (DPMZ) dan Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT). 

   Antara misi utama BKKIMM’14/15 dalam jaulah kali ini adalah untuk bertemu anak-anak Melaka di muhafazah bagi memperkenalkan BKAN Melaka selaku persatuan yang menaungi anak-anak Melaka. Seterusnya, merapatkan ukhuwah dan menyampaikan maklumat berkaitan kebajikan ahli serta mendengar permasalahan yang berlaku di peringkat ahli di muhafazah. BKKIMM mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program jaulah AJKT dan berharap agar hubungan baik yang terjalin ini dapat dieratkan lagi pada masa akan datang seiring dengan tema yang dibawa oleh BKKIMM pada sesi ini iaitu :  “Memartabat Keilmuan, Meribat Kesatuan”.

“Memartabat Keilmuan, Meribat Kesatuan”.
"BKKIMM Tetap Di Hati"

No comments:

Post a Comment