Jaulah
Tarbawi Matrouh & Siwa 2015
2 April
2015 - Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) telah berjaya
mengadakan program Jaulah Tarbawi Matrouh & Siwa 2015 di bawah anjuran Unit
Perhubungan, Sambutan Dan Rehlah BKKIMM. Program yang telah dirancang selama 3
hari ini telah disertai seramai 45 orang peserta. Dengan bertemakan
"Mematri Ukhuwah Di Matrouh Siwa", program ini bertujuan memupuk
semangat ukhuwah sesama ahli BKKIMM serta mengkaji dan mengambil pengajaran
daripada sejarah peninggalan manusia.
24-25 Mac
2015 : Bertolak ke Matrouh
Program
tersebut telah berlangsung selama 3 hari bermula pada hari Selasa. Para peserta
telah berkumpul di Rumah Melaka Sementara (RMS) pada jam 12.00 tengah malam dan
mula bertolak ke Matrouh pada jam 1.00 pagi dengan menaiki sebuah bas.
Perjalanan
selama hampir 8 jam telah selamat tiba di Pantai Agiba,Matrouh pada jam 9.00
pagi. Majlis perasmian berlangsung pada jam 9.30 pagi didahului dengan kata
alu-aluan daripada Pengarah Program, Ustaz Mohd Aidil bin Md Hassim dan Yang
Dipertua BKKIMM, Ustaz Ahmad Rabbani bin Ismail. Setelah itu, aktiviti pantai dimulakan
dengan permainan bola pantai, bola beracun, acara lari dalam air dan diakhiri
dengan mandi pantai.
Destinasi pertama
yang dituju ketika berada di Matrouh adalah Hamam Cleopatra. Rombongan jaulah
telah tiba di sana pada jam 4.30 petang. Pada pukul 6.00 petang, para peserta
telah mendaftar masuk ke homestay yang disediakan oleh pihak penganjur. Peserta
telah diberikan ruang untuk melepaskan lelah dan membuat persediaan untuk
aktiviti pada malam hari.
Lebih kurang
pada pukul 8.00 malam, aktiviti indoor telah diadakan untuk para peserta.
Sebelum aktiviti bermula, para peserta telah dibahagikan kumpulan mengikut
warna yang ditetapkan. Beberapa aktiviti menarik seperti berita berangkai,
lakonan maju dan undur, botol beracun dan sbagainya telah berjaya dilaksanakan.
Aktiviti hari pertama telah diakhiri dengan jamuan BBQ yang disediakan pihak
komuniti pelaksana.
26 Mac 2015
: Bertolak ke Siwa
27 Mac 2015
: Majlis Penutup dan Pulang ke Kaherah
Pada hari
ketiga, para peserta jaulah telah mengisi pagi jumaat mereka dengan sedikit
pengisian rohani. Dimulai dengan solat subuh, bacaan Al-Kahfi, dan tazkirah
yang telah disampaikan oleh penasihat BKKIMM Ustaz Khairul Fadhli bin Husin,
program diteruskan lagi dengan Majlis Perasmian Penutup. Majlis penutupan yang
diisi dengan ucapan daripada Pengarah Jaulah Tarbawi Matrouh & Siwa Ustaz
Mohd Aidil bin Hasim dan juga ucapan daripada Yang Dipertua BKKIMM, Ustaz Ahmad
Rabbani bin Ismail. YDP didalam ucapannya telah merakamkan seribu penghargaan
kepada semua peserta yang memberi kerjasama dalam menjayakan Jaulah Tarbawi
yang julung-julung kalinya diadakan.
Beliau juga mengharapkan jaulah pada kali ini dapat mengeratkan lagi
kasih sayang dan ukhuwwah dalam kalangan ahli BKKIMM.
Akhirnya,
setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada seluruh peserta disemua peringkat
sama ada Ahli Jawatankuasa dan juga ahli BKKIMM kerana telah memberikan
kerjasama dan komitmen yang baik sepanjang program ini berlansung. Tidak dilupakan
juga kepada ajk pelaksana program yang bertungkus lumus dalam menjayakan
program jaulah pada kali ini. Semoga ukhuwwah yang terjalin sepanjang jaulah
ini berlansung akan menambahkan keutuhan dan kesatuan ahli BKKIMM.
"Mematri
Ukhuwah Di Matrouh Siwa"
"Memartabat
Keilmuan, Meribat Kesatuan"
"BKKIMM Tetap
Di Hati"
Disediakan oleh :
Setiausaha kerja,
Jaulah Tarbawi
Matrouh & Siwa 2015
Badan Kebajikan
Keluarga Islam Melaka Mesir
sesi 2014/2015
No comments:
Post a Comment