Tuesday 21 April 2015

Ijtima' Kabir - BKKIMM Tetap Komited Demi Kebajikan Ahli


KAHERAH, 14 April 2015 - Program Ijtima Kabir di peringkat Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) yang merupakan program saban tahun diadakan pada separuh penggal kenaikan pimpinan BKKIMM bagi membentangkan laporan kepada ahli telah berlangsung di Rumah Melaka Sementara (RMS), Hayyu Sabi'e.

Kehadiran ahli bermula jam 4.30 petang di tempat program diikuti ketibaan Ahli Jawatankuasa Tertinggi dan Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) BKKIMM'14/15 seterusnya mengambil tempat bagi meneruskan sesi pembentangan laporan yang dikendalikan oleh Saudara Muhammad Khidir bin Abd Hamid, Setiausaha Agung BKKIMM'14/15.

Sepanjang pembentangan laporan unit-unit BKKIMM, pelbagai respon dan cadangan telah dilontarkan daripada ahli menunjukkan kecaknaan mereka terhadap perjalanan organisasi yang menaungi anak-anak Melaka di bumi Mesir ini. Sesi pembentangan diteruskan lagi selepas rehat dan solat maghrib berjemaah diselangi dengan tayangan video aktiviti BKKIMM sepanjang fasa pertama ini.

Antara slot yang menghangatkan Ijtima' Kabir pada tahun ini ialah slot penerangan isu yang telah disampaikan oleh Saudara Ahmad Rabbani bin Ismail, Yang Di-Pertua BKKIMM'14/15. Isu-isu yang telah dibangkitkan ialah:
1. Isu kebajikan TAPEM dan dermasiswa
2. Kemasukan semula ke Wisma Seri Melaka
3. Isu pemasangan gas asli di peringkat kerajaan negeri
4. Mengembalikan pengiktirafan BKKIMM di peringkat kerajaan negeri & KBMK
5. Pembekuan PMRAM

Program diteruskan lagi dengan alunan qasidah oleh Shoutul Azim diikuti dengan agenda pemakluman resolusi yang telah disepakati. Di akhir slot ini, antara harapan YDP BKKIMM'14/15 dalam ucapan beliau agar sekalian ahli dapat menjadi penyokong serta pendokong dalam menggerakkan persatuan yang membawa dasar Al-Quran dan  As-Sunnah ini.

Disediakan oleh,
Setiausaha Agong
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM)
2014/2015

No comments:

Post a Comment