Lapangan Terbang Kaherah, 16 April - Komuniti pelaksana dan barisan pimpinan BKKIMM'14/15 teruja menyambut kedatangan delegasi di lapangan terbang. Pihak BKKIMM berkesempatan bertanya khabar dan bergambar bersama mereka sebelum mereka bergerak ke tempat penginapan.
Ketibaan delegasi serta Ustaz Anuar bin Idris Pegawai Atase Pendidikan Melaka Mesir diiring oleh Saudara Ahmad Rabbani bin Ismail, Yang Di-Pertua BKKIMM'14/15 dan pimpinan BKKIMM'14/15. Seterusnya, majlis diserikan dengan alunan nasyid Asma'ul Husna, Lagu Negaraku dan Lagu Melaka Maju Jaya bersama para hadirin.
Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Ustaz Anuar bin Idris. Kemudian, majlis mempersilakan Encik Mustafa bin Musa untuk menyampaikan ucapan beliau khususnya buat anak-anak Melaka di Pelembahan Nil. Antara isi penting dalam ucapan bermakna beliau ialah berkenaan dermasiswa yang berjaya diluluskan baru-baru ini untuk membantu anak-anak Melaka yang tidak mendapat tajaan TAPEM agar dapat meringankan bebanan kewangan mahasiswa dan mahasiswi. Harapan tinggi yang beliau letakkan agar sekalian anak Melaka terus berusaha dalam menuntut ilmu dan memautkan ukhwah sesama mereka terutama setelah pulang ke tanah air kelak.
Masa yang ada diisi dengan slot yang dinantikan iaitu soal jawab bersama deligasi terutamanya wakil TAPEM dan MAIM. Mahasiswa mahupun mahasiswi pengajian Islam serta sains kesihatan berpeluang untuk melontarkan permasalahan serta pertanyaan dan mendapat perhatian dan respon baik daripada delegasi. Seterusnya, majlis mempersilakan wakil anak-anak Melaka untuk memberikan pergulungan hasil majlis yang dijalankan tersebut. Kemudian, majlis ditutup dengan penyampaian cenderahati yang disediakan oleh komuniti pelaksana program sebagai penghargaan, tayangan video BKKIMM'14/15, bacaan doa, sesi bergambar bersama delegasi dan diakhiri dengan menikmati jamuan yang telah disediakan.
Lapangan Terbang Kaherah, 19 April - Barisan pimpinan BKKIMM'14/15 serta AJK komuniti pelaksana berkesempatan meraikan kepulangan delegasi dengan memberikan sedikit buah tangan sebagai tanda kenang-kenangan.
BKKIMM mengucapkan setinggi penghargaan atas kehadiran delegasi dan berharap agar kehadiran pada kali ini dapat merapatkan lagi hubungan antara anak-anak Melaka di Perlembahan Nil bersama kerajaan negeri dengan perlaksanaan majlis ramah mesra anjuran BKKIMM yang mendapat kerjasama baik daripada Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka (PPWSM). Semoga usaha yang dilakukan ini dapat membantu ahli menyelesaikan permasalahan yang berlaku di peringkat masing-masing.
MEMARTABAT KEILMUAN MERIBAT KESATUAN
BKKIMM TETAP DI HATI
Disediakan oleh:
Setiausaha,
Majlis Ramah Mesra Bersama Delegasi,
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir.
Terbaik BKKIMM
ReplyDelete