UPP BKKIMM 2017. Powered by Blogger.

Friday, 8 May 2015

PERMASALAHAN ANAK-ANAK MELAKA DI MESIR - BKKIMM TERUS KOMITED

KAHERAH, 30 April 2015 – Sebuah pertemuan antara pimpinan Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir 2014/2015 yang diketuai oleh Ustaz Ahmad Rabbani bin Ismail selaku Yang Dipertua BKKIMM bersama Ustaz Anuar bin Idris selaku Pegawai Atase Pendidikan Melaka Mesir di pejabat sementara PPWSM telah diadakan bagi membincangkan beberapa perkara dan menyampaikan permasalahan yang berlaku di peringkat ahli Melaka di Mesir.


Wakil pimpinan BKKIMM’14/15 telah mengutarakan permasalahan yang turut berlaku di negeri lain iaitu berkaitan kesukaran mahasiswi pengajian Islam tahun 1 mendapatkan pengesahan pengajian menyebabkan surat kebenaran perbaharui visa tidak dapat dikeluarkan.

 Antara perkara lain yang turut dibincangkan adalah berkaitan minhah (biasiswa) pelajar Markaz Bahasa Arab Al-Azhar yang terpilih yang dikecualikan pembayaran yuran bagi satu mustawa (tahap).
Antara isu kebajikan yang turut disuarakan mengenai syarat dermasiswa Tabung Amanah Pendidikan Melaka (TAPEM). Respon daripada pegawai, perkara ini akan dikaji sedalamnya oleh pihak yang terbabit. Walau bagaimanapun, dermasiswa ini mengutamakan pelajar yang tidak mendapat mana-mana tajaan pinjaman mahupun biasiswa.

 Berkenaan dengan sebilangan anak-anak Melaka yang terpaksa pulang ke Malaysia untuk memperbaharui pasport, beliau berkata hal ini telah mendapat perhatian pihak atasan dan akan diperbincang di peringkat kedutaan. Bagi anak-anak Melaka yang belum berdaftar atau ingin menyemak status pendaftaraan PPWSM pula boleh merujuk kepada pembantu pegawai.

Beliau turut memberi respon berkenaan ganti rugi akibat kebakaran yang menimpa Rumah Melaka Sementara (RMS) tempoh hari. Selain itu, mana-mana anak-anak Melaka yang mengalami sebarang masalah dari sudut kewangan, kesihatan dan yang berkaitan kebajikan boleh merujuk beliau untuk mendapatkan bantuan daripada PPWSM.

Pihak BKKIMM mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PPWSM atas kesudian menerima kunjungan dan memberi perhatian serius atas permasalahan yang berlaku di peringkat ahli Melaka di Mesir lebih-lebih lagi dalam musim peperiksaan. Semoga jalinan kerjasama yang baik ini dapat diteruskan bagi memastikan kebajikan, pendidikan dan keselamatan ahli terjamin.


Disediakan Oleh :

Setiausaha Agung
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM)
2014\2015

No comments:

Post a Comment

author
BKKIMM
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir kini menjangkau usia 40 Tahun dalam memimpin wadah kesatuan anak Melaka sejak 1976. Tahun demi tahun, badai dan ujian yang datang mematangkan dan menguatkan Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) ini agar terus kukuh dan utuh dalam memimpin wadah ini.