Saturday 31 October 2015

BKKIMM SALURAN SUARA AHLI

 BKKIMM SALURAN SUARA AHLI

\    

KAHERAH, 29 Oktober 2015 - Sebuah pertemuan antara wakil pimpinan Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) sesi 2014/2015 bersama Encik Muhd Anwar bin Idris selaku pegawai Atase Pendidikan Negeri Melaka di pejabat beliau telah diadakan bagi membincangkan isu kebajikan dan pendidikan anak-anak Melaka di Mesir.
Antara isu utama yang dibawa ialah:

1. Cadangan untuk memulakan perlaksanaan kelas tutorial bagi mahasiswa pengajian Islam di Kaherah pada fasa satu sesi pengajian 2015/2016.

2. Bantuan Dermasiswa Kerajaan Negeri Melaka (Asnaf) Pelajar Luar Negara Mesir dan wang pampasan rumah sewa kali kedua.

3. Permasalahan dalam melengkapkan borang permohonan kemasukan Wisma Seri Melaka.

         Encik Muhd Anwar bin Idris menyambut baik cadangan perlaksaan kelas tutorial tersebut. Walau bagaimanapun, pihak beliau telah menyusun usaha-usaha untuk meningkatkan pendidikan anak-anak Melaka dan perlaksaannya akan dimaklumkan akan datang. Bagi pelajar-pelajar yang telah memohon bantuan dermasiswa dan terlibat dalam wang pampasan rumah sewa pula boleh merujuk Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka (PPWSM) bagi mengetahui prosedur susulan.
Manakala pelajar yang ingin memohon bantuan dermasiswa boleh berbuat demikian kerana kuota permohonan masih ada.

        Mengenai borang permohonan kemasukan, pihak BKKIMM mencadangkan agar tempoh penghantaran borang dapat dilanjutkan berikutan aduan ahli kepada wakil BKAN tentang kesukaran dalam menyediakan dokumen seperti visa dan keputusan peperiksaan. Pihak beliau mengambil sebagai cadangan dan akan memanjangkan kepada pihak yang berwajib.

        Pertemuan kali ini diakhiri dengan ucapan terima kasih daripada Timbalan Yang Di-Pertua BKKIMM, Saudara Ahmad Razin bin Mohd Fauzi kepada pihak pegawai atas makluman-makluman penting dan kesudian menerima kehadiran pihak BKKIMM.  Pihak BKKIMM sentiasa bersedia bekerjasama menyelesaikan permasalan yang berlaku terutama dalam meningkatkan pendidikan ahli. Semoga segala usaha ini sentiasa mendapat keberkatan Ilahi.


Disediakan Oleh,


Jabatan Setiausaha Agung
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir
Sesi 2014/2015

No comments:

Post a Comment