UPP BKKIMM 2017. Powered by Blogger.

Tuesday, 3 November 2015

KENYATAAN RASMI BKKIMM BERHUBUNG BORANG KEMASUKAN KE WISMA SERI MELAKA


KENYATAAN RASMI BKKIMM BERHUBUNG BORANG KEMASUKAN KE WISMA SERI MELAKA




 Pada 6 Oktober 2015 , Pegawai Atase Pendidikan Negeri Melaka Ustaz Mohd Anuar bin Idris telah mengadakan perjumpaan bersama anak-anak Melaka yang bertempat di Rumah Melaka Sementara.

           Dalam perjumpaan tersebut, pihak pegawai telah  memaklumkan beberapa perkara antaranya isu kebajikan dan kemasukan semula ke Wisma Seri Melaka.
 Borang kemasukan ke Wisma Seri Melaka telah diedarkan kepada ahli BKKIMM pada malam tersebut dan pihak Pegawai telah memaklumkan tarikh akhir penghantaran borang pada 29 Oktober 2015.

           Disebabkan beberapa permasalahan dan aduan yang diterima daripada ahli BKKIMM berkaitan borang tersebut, Ahli Jawatankuasa Tertinggi BKKIMM telah mengambil inisiatif dengan mengadakan Pertemuan Bersama Bersatu dan mencapai kata sepakat dalam penyelesaian masalah ini. Satu pertemuan bersama pegawai telah diatur oleh AJKT BKKIMM pada tarikh 29 Oktober 2015.

           Dalam pertemuan tersebut yang diketuai oleh saudara Ahmad Razin bin Mohd Fauzi selaku Timbalan Yang Di-Pertua telah membincangkan permasalahan tersebut dan menyampaikan cadangan yang telah dipersetujui oleh semua anak Melaka.  Pihak pegawai telah menyambut baik cadangan tersebut dan beliau akan berusaha meneliti semula cadangan itu bersama pihak berwajib.
Oleh yang demikian, BKKIMM menyeru semua ahli agar berusaha untuk menyiapkan borang tersebut dengan kadar segera bagi memudahkan urusan kemasukan semula ke WSM.

 Akhir sekali BKKIMM akan terus komited dan berusaha dalam menyampaikan suara ahli kepada pihak yang bertanggungjawab agar kebajikan semua anak Melaka dapat terus dijaga dengan sebaiknya.

“Memartabat Keilmuan,Meribat Kesatuan”
“BKKIMM Tetap Di Hati”



 Disediakan Oleh :
 Unit Perumahan
 Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir
 BKKIMM  Sesi 2014/2015

No comments:

Post a Comment

author
BKKIMM
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir kini menjangkau usia 40 Tahun dalam memimpin wadah kesatuan anak Melaka sejak 1976. Tahun demi tahun, badai dan ujian yang datang mematangkan dan menguatkan Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) ini agar terus kukuh dan utuh dalam memimpin wadah ini.