Wednesday 9 December 2015

Wakil Batch : Bukti Komitmen Ahli Bersama BKKIMMM

Wakil Batch : Bukti Komitmen Ahli Bersama BKKIMMM


Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka (BKKIMM) sentiasa konsisten mencari solusi terbaik bagi setiap permasalahan yang dihadapi anak Melaka di Mesir khususnya berkaitan dengan kemasukan semula anak-anak Melaka ke Wisma Seri Melaka.

           
  Atas kecaknaan ahli-ahli BKKIMM, beberapa permasalahan dan aduan telah dibangkitkan berkaitan borang kemasukan ke Wisma Seri Melaka yang telah diedarkan oleh pihak pegawai semasa perjumpaan dengan anak Melaka yang bertempat di Rumah Melaka Sementara pada 6 Oktober 2015 yang lalu.
Sehubungan itu, Ahli Jawatankuasa Tertinggi BKKIMM telah mengambil inisiatif dengan mengadakan perbincangan bersama anak-anak Melaka di Mesir yang diberi nama pertemuan Bersama Bersatu bertarikh 27 Oktober 2015 dan mencapai kata sepakat bagi menyelesaikan masalah ini. Rentetan daripada pertemuan itu, BKKIMM telah melantik wakil daripada setiap batch bagi menjayakan resolusi yang telah disepakati bersama.

Beberapa pertemuan telah diadakan bersama wakil setiap batch bagi membincangkan jalan penyelesaian dan tindakan susulan berkenaan permasalahan ini. Selain itu,  gerak kerja telah disusun diperingkat wakil setiap batch bagi memastikan permasalah ini dapat diselesaikan dengan sebaiknya.

Justeru itu, BKKIMM menyeru kepada semua ahli dan anak Melaka agar dapat memberikan sokongan padu dan kerjasama dalam menjayakan setiap perancangan yang akan dilaksanakan.

Akhirnya, BKKIMM sentiasa prihatin terhadap segala permasalahan yang dihadapi mahasiswa-mahasiswi Melaka di Mesir dan sedaya upaya berusaha untuk mencari jalan penyelesaian demi memastikan kebajikan anak-anak Melaka di Perlembahan Nil terus terjaga.

Ahmad Razin bin Mohd Fauzi
Yang Dipertua,
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM)
sesi 2015/2016

No comments:

Post a Comment