Thursday 3 December 2015

Pemakluman : Tarikh Family Break Amali BKKIMM sesi 2015/2016


   Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) pada sesi kali ini membawa penekanan Pemantapan Fikrah Melalui Thaqafah dan Ilmiah .Justeru, BKKIMM amat menitikberatkan pentarbiahan serta keseimbangan akademik dan thaqafah dalam kalangan ahli.Mengoptimiskan daya usaha penerapan tarbiah dalam kalangan ahli adalah sangat penting bagi melahirkan pelapis yang mempunyai kekuatan rohani serta syakhsiah yang bakal membentuk ciri-ciri muslim yang sejati.
   Sempena peperiksaan yang bakal tiba tidak lama lagi, peringkat Jabatan Fasilitator di bawah Unit Dakwah BKKIMM sesi 2015/2016 telah menetapkan tarikh bermulanya Family Break Amali adalah pada 4 Disember 2015.

   Sehubungan itu, pihak BKKIMM mengharapkan agar semua ahli di setiap peringkat supaya menghidupkan suasana Family Break Amali serta dapat menyusun masa dengan sebaiknya bagi menghadapi peperiksaan yang bakal tiba.BKKIMM mendoakan kepada mahasiswa dan mahasiswi agar memperoleh kejayaan yang cemerlang.

“Mahasiswa Berhikmah, Bakti Dicurah”
“Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan,

Jundullah Bin Said
Ketua Unit Dakwah
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir
sesi 2015/2016

#BersamaBersatu

#BkkimmTetapDiHati

No comments:

Post a Comment