UPP BKKIMM 2017. Powered by Blogger.

Saturday, 28 November 2015

Pemakluman : Penangguhan Program di Peringkat BKKIMM

Sesi pengajian fasa pertama bagi sesi 2015/2016 kini semakin rancak dalam tempoh persediaan menuju ke musim peperiksaan. Semua mahasiswa/wi sedang bersiap sedia dengan setiap ruang yang ada bagi memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Sehubungan itu, Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) dengan ini memaklumkan bahawa tanggal 15 Safar 1437 bersamaan 27 November 2015 sebagai tarikh penangguhan sebarang program di peringkat BKKIMM dengan pengecualian program yang berbentuk ilmiah dan motivasi sahaja dibenarkan berlangsung. Ini bagi memberi persediaan dan semangat kepada mahasiswa/wi dalam menghadapi peperiksaan yang akan tiba tidak lama lagi.

Oleh itu, BKKIMM mengharapkan seluruh mahasiswa/wi dapat memanfaatkan setiap peluang yang ada dan memberikan sepenuh perhatian dalam pelajaran sesuai dengan penekanan gagasan BKKIMM pada sesi kali ini iaitu " Pemantapan fikrah Melalui Thaqafah dan Ilmiah " . BKKIMM mendoakan agar semua mahasiswa memperolehi kejayaan dan kecemerlangan dalam peperiksaan fasa pertama ini.

Muhammad Khidhir bin Abd Hamid
Timbalan Yang Dipertua
(Ketua Unit Perancang dan Panitia)
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir
Sesi 2015/2016

No comments:

Post a Comment

author
BKKIMM
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir kini menjangkau usia 40 Tahun dalam memimpin wadah kesatuan anak Melaka sejak 1976. Tahun demi tahun, badai dan ujian yang datang mematangkan dan menguatkan Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) ini agar terus kukuh dan utuh dalam memimpin wadah ini.