Sunday 20 March 2016

MAHASISWA BERKARISMA TRANSFORMASI UMMAH


19 Mac 2016 - Sebuah program Kursus Induksi Kepimpinan (KIK) di bawah anjuran Jabatan Setiausaha Agung Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) dengan kerjasama Badan Penasihat  serta komuniti pelaksana program telah diadakan pada 9 Mac 2016 yang lalu di Sutuh Rumah Melaka Sementara (RMS) untuk seluruh ahli BKKIMM.
Program ini telah diadakan saban tahun khusus untuk tenaga penggerak BKKIMM dan pada kali ini, ia dirasmikan oleh tetamu istimewa dari BKAN taakhi zon D, mantan Yang Dipertua Badan Kebajikan Mahasiswa Islam Pahang BKMIP sesi 2014/2015 iaitu Ustaz Syahid Syamil bin Ramli diiringi pengarah program KIK iaitu Ustaz Muhammad Haziq bin Zainal Abidin yang merupakan penasihat BKKIMM sesi 2015/2016.

Dengan kehadiran aktivis BKKIMM seramai 25 orang akhawat dan 40 orang ikhwah secara tidak langsung telah memeriahkan lagi KIK  kali ini seterusnya membentuk satu kesatuan didalam hati anak Melaka di bumi anbiya' ini.
Santapan pertama yang disajikan buat para aktivis ialah Talkshow Komunikasi Adam dan Hawa telah disampaikan oleh Ustaz Muhd Bazli bin Zakaria dan Ustazah Siti Aisyah binti Ismail sebanyak tiga pusingan. Slot ini telah menarik perhatian hadirin dengan pelbagai persoalan dan jawapan yang disampaikan oleh pengisi yang mencuit hati pendengar.


Seterusnya , KIK diteruskan dengan slot Menjiwai PMRAM,BKAN dan DPM telah disampaikan oleh Ustaz Jamal Najmudin bin Sulaiman bagi menyuburkan roh kesatuan sesama mahasiswa di bumi anbiya' ini.

Selain itu, para peserta diisi lagi dengan slot ketiga iaitu Wala' dan Barra' yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Sufi bin Mohd Yusof. Slot ini turut memberi kefahaman kepada pencinta BKKIMM tentang adab berorganisasi dan peranan setiap penggerak BKKIMM.
Program KIK berakhir dengan slot istimewa iaitu slot bersama Yang Dipertua BKKIMM Ustaz Ahmad Razin bin Mohd Fauzi yang telah menyampaikan amanat dan harapan beliau kepada para aktivis yang hadir.


Akhir sekali, pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh ahli BKKIMM yang hadir ke program KIK yang saban tahun diadakan ini. Semoga dengan berlangsungnya kursus ini kelak, ia dapat mendidik dan melahirkan ahli yang mempunyai kemahiran dalam memimpin serta mendalami ciri-ciri kepimpinan Islam seterusnya memberi impak positif buat Mahasiswa/wi Melaka di Perlembahan Nil.

"Mahasiswa Berhikmah, Bakti Dicurah"
"BKKIMM Tetap Di Hati"

Disediakan oleh : 
Jabatan Setiausaha Agung BKKIMM sesi 2015/2016

No comments:

Post a Comment