UPP BKKIMM 2017. Powered by Blogger.

Saturday, 26 March 2016

BKKIMM SELANGKAH KEHADAPAN DALAM ISU KEBAJIKAN AHLI MELAKA


KAHERAH,10 Mac 2016 - Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) di bawah anjuran Jabatan Bendahari Agung (Unit Kebajikan) telah mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Kali Ke-3 kepada Mahasiswa/wi Melaka Mesir batch 2014/2015 yang tidak menerima sebarang tajaan mahupun pinjaman.


  Seramai 27 mahasiswa/wi yang menerima sumbangan tersebut. Mereka ini terdiri daripada 18 mahasiswa dan 9 mahasiswi dari pengajian islam. Atas usaha Unit Kebajikan, jumlah sumbangan yang diperolehi sebanyak LE 11,000.00 manakala diberikan kepada setiap seorang sebanyak LE 405.00.

 Di samping itu, majlis tersebut turut diceriakan lagi dengan kehadiran ahli-ahli BKKIMM yang lain.


  Majlis Penyerahan Sumbangan ini telah dilangsungkan di Surau Rumah Melaka Sementara (RMS). Penyerahan tersebut telah disampaikan oleh Yang Dipertua BKKIMM Ustaz Ahmad Razin Bin Mohd Fauzi dan diiringi oleh Bendahari Agung (Ketua Unit Kebajikan) BKKIMM Ustaz Amirul Fahdzil Bin Zahar manakala dibahagian akhawat pula penyerahan tersebut disampaikan oleh Timbalan Ketua HEWI BKKIMM Ustazah Ain Hanisah Binti Abdul Hannan.

  Tujuan sumbangan tersebut diberikan adalah khusus untuk anak-anak Melaka yang tidak mendapat sebarang tajaan dari mana-mana pihak dan pinjaman daripada Tabung Amanah Pendidikan Melaka (TAPENM), serta membantu meringankan kos pembelajaran mahasiswa/wi Melaka di Mesir.

  Unit Kebajikan telah menjemput Ustaz Ahmad Razin Bin Mohd Fauzi selaku Yang Dipertua Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) sesi 2015/2016 sebagai perasmi dalam majlis penyerahan sumbangan itu. Dimana dalam ucapan yang disampaikan sebelum merasmikan majlis tersebut, beliau berharap agar mahasiswa/wi akan memanfaatkan dengan sebaiknya. Majlis Penyerahan Sumbangan tersebut diakhiri dengan sedikit hidangan jamuan yang telah disediakan oleh pihak penganjur.


  Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penyumbang, semoga dengan pemberian kalian mendapat keberkatan dan ganjaran sebaiknya daripada Allah S.W.T.


  Akhirnya, di peringkat BKKIMM akan sentiasa cakna dan memberikan komitmen terbaik dalam menjaga kebajikan.

“BERILMU DAN BERAMAL”
“MAHASISWA BERHIKMAH, BAKTI  DICURAH"
"BKKIMM TETAP DI HATI"

Disediakan oleh :
Jabatan Bendahari Agung
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir sesi 2015/2016

No comments:

Post a Comment

author
BKKIMM
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir kini menjangkau usia 40 Tahun dalam memimpin wadah kesatuan anak Melaka sejak 1976. Tahun demi tahun, badai dan ujian yang datang mematangkan dan menguatkan Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) ini agar terus kukuh dan utuh dalam memimpin wadah ini.