UPP BKKIMM 2017. Powered by Blogger.

Monday, 25 April 2016

LAPORAN AKADEMI DA’IE QIADATUL UMMAH 2016 (ADQ ’16) SIRI 1


    Alhamdulillah, segala puji-pujian ke atas Tuhan Semesta Alam serta selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, tidak dilupakan juga kepada keluarga baginda ,para sahabat dan golongan-golongan yang mengikuti jejak perjuangan Rasulullah SAW. Alhamdulillah, bersyukur kehadrat ALLAH SWT sekali lagi, kerana dengan izin dan pertolonganNya,program ADQ ’16 siri pertama kali ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.


 
 AQD’16 pada kali ini, telah dilaksanakan pada 4 & 5 April 2016 dengan bertemakan “Du’at Fuqaha’, Pencetus Wahdatul Ummah”. Kehadiran dan penyertaan ahli Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir ( BKKIMM ) ke program ini juga sangat menggalakkan walaupun keadaan tempat yang tidak begitu luas. Namun, atas dasar ilmu dan ukhuwah, ahli BKKIMM tetap menghadirkan diri bagi bersama-sama menjayakan program ADQ ’16 pada kali ini.






    Seterusnya ,pihak penganjur telah menyusun suatu kelainan pada pengisian kali ini dengan mendedahkan dan membentangkan fiqh sittah kepada ahli, antaranya adalah fiqh nusus, fiqh muwazanat, fiqh aulawiyat, fiqh taghyir, fiqh waqi’ dan fiqh ikhtilaf. Disamping itu, bagi menambahkan kemahiran para peserta, pengisian berbentuk pengucapan awam serta Gerak Kerja Berkumpulan ( GKB ) turut dilaksanakan. Selain itu, pengisian berbentuk tazkirah dan forum juga, turut disusun pada kali ini.

    Akhir sekali, pihak penganjur mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih kepada para peserta yang memberikan komitman serta kesungguhan yang tinggi sepanjang program ini berlangsung selama dua hari di Rumah Melaka Sementara ( RMS ). Semoga dengan program seperti ini, dapat menambahkan ilmu persediaan sebagai seorang pendakwah, disamping mengukuhkan tali ukhuwah sesama ahli Melaka di Mesir ini. Wallahua’lam.



“BERILMU DAN BERAMAL”
“MAHASISWA BERHIKMAH, BAKTI  DICURAH"
"BKKIMM TETAP DI HATI"

Disediakan Oleh:
Amirul Azamuddin bin Zaharuddin
Setiausaha,
Akademi Da’ie Qiadatul Ummah 2016 ( Adq ’16 )

No comments:

Post a Comment

author
BKKIMM
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir kini menjangkau usia 40 Tahun dalam memimpin wadah kesatuan anak Melaka sejak 1976. Tahun demi tahun, badai dan ujian yang datang mematangkan dan menguatkan Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) ini agar terus kukuh dan utuh dalam memimpin wadah ini.