Friday 30 December 2016

KAHERAH - SHOUBRO MEMATRI UKHUWAH

     KAHERAH, 15 DISEMBER -Jabatan Setiausaha Agung Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) sesi 2016/2017 telah mengadakan julung-julung kalinya program Jaulah AJKT &  Majlis Ramah Mesra bersama mahasiswa & mahasiswi anak-anak Melaka di Muhafazah Shoubro pada 17 Disember 2016 yang lalu yang bertempat di Markaz Dewan Perwakilan Mahasiswa Shoubro.
     Antara objektif program ini dianjurkan ialah bagi merapatkan ukhuwah antara Ahli Jawatankuasa Tertinggi BKKIMM dan anak-anak Melaka yang berada di muhafazah, memberi penerangan berkenaan dengan BKKIMM sebagai kesatuan dibumi Mesir dan memberi sebarang bentuk bantuan kepada anak-anak Melaka yang berada di muhafazah.
     Seusai solat maghrib, program dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis disusuli dengan sesi taa’ruf antara ahli dan AJKT. Program diteruskan dengan sesi penerangan BKKIMM, laporan dan perancangan program mega oleh Timbalan Yang Dipertua. Seterusnya, pembentangan isu dan masalah yang melanda anak-anak Melaka di Mesir pula disampaikan oleh Setiausaha Agung. Majlis diserikan lagi apabila sesi soal jawab dibuka kepada semua anak-anak Melaka di muhafazah Shoubro bagi melontarkan sebarang soalan kepada pimpinan berkenaan dengan BKKIMM ataupun apa-apa yang berkaitan.
     Sebelum majlis berakhir, pengerusi majlis telah menjemput Mandub (wakil ahli ikhwah Melaka shoubro) iaitu ustaz Muhammad Haziq bin Mohd Yusof serta Ustazah Nur Hani bin Ismail (wakil ahli akhawat Melaka shoubro) untuk menyampaikan sedikit ucapan. Ucapan penutup pula telah disampaikan oleh Yang Dipertua Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir, ustaz Ahmad Razin bin Mohd Fauzi. Sebagai tanda penghargaan, penyerahan cenderahati kepada Mandub dan Mandubah serta wakil DPM Shoubro telah disampaikan oleh Yang Dipertua BKKIMM kerana telah bersama-sama menjayakan program ini.
     Akhir sekali, kita berdoa kepada Allah S.W.T agar setiap usaha kita dalam menjalin serta mengeratkan ukhuwah antara anak-anak Melaka yang ada di perlembahan Nil ini diberkati dan dirahmati Alla S.W.T serta menjadikan BKKIMM sebagai satu wadah dalam menyatukan semua anak-anak Melaka di Mesir.

“Sahsiah Diungguli, Kebersamaan Dilestari”
“Memurnikan Pemikirian, Melestaikan Kesatuan”

#BKKIMM_Kesatuan_Kami
#BersamaBersatu

Disediakan Oleh :
Jundullah Bin Said
Setiausaha
Program Jaulah AJKT Dan Majlis Ramah Mesra
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir
Sesi 2016/2017

No comments:

Post a Comment