Thursday 22 December 2016

FB AMALI PENGUKUH KESATUAN


KAHERAH, 16 Disember - Jabatan Fasilitator dibawah Unit Dakwah Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir telah menganjurkan Usrah Amali Gabungan bagi semua tahap. Program ini dijalankan sebagai suatu kesinambungan daripada Family Break Manhaji yang telah ditangguhkan bagi memberi laluan kepada imtihan yang akan datang. Program kali ini telah dijalankan dalam bentuk riadah. Di peringkat akhawat telah disusun beberapa buah permainan. Manakala ikhwah pula telah diadakan perlawanan futsal gabungan.

    Pendaftaran peserta akhawat telah dijalankan seawal jam 10:15 pagi di Hadiqah Dauliyah, Hayyu Sabi'e, Kaherah. Antara permainan  yang telah diadakan ialah hikayat berangkai, kotak beracun, taaruf dan lain-lain lagi. Aktiviti ini diserikan lagi dengan acara tukar hadiah dan jamuan. Sesi bergambar turut diadakan sebagai penutup majlis pada jam 12.30 tengahari.




    Manakala futsal gabungan ikhwah telah berlangsung pada jam 8.00 malam yang bertempat di Nadi Syabab, Hayyu Sadis, Kaherah. Sebanyak 8 pasukan telah mengambil bahagian dalam perlawanan ini termasuk pasukan mutazawwijin. Ucapan penutup telah disampaikan oleh saudara Abdul Wafi bin Abdul Aziz selaku Timbalan Yang Dipertua BKKIMM sesi 2016/2017. Sesi bergambar turut diadakan sebelum bersurai.

    Akhir sekali, semoga dengan aktiviti yang telah diadakan ini dapat meribat dan mengutuhkan lagi tali ukhuwah diantara anak-anak Melaka disamping mampu menjadikan usrah sebagai satu wasilah dalam menambahkan thaqafah.


 “Sahsiah Diungguli, Kebersamaan Dilestari”

“BKKIMM_Kesatuan_Kami”


 Disediakan Oleh : 


 Jabatan Fasilitator 

Unit Dakwah 
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir sesi 2016/2017

No comments:

Post a Comment