Saturday 17 December 2016

TAUSIYAH MAULIDUR RASUL 1438 H


KAHERAH, 15 DISEMBER - Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) telah berjaya melaksanakan program "Tausiyah Maulidur Rasul 1438 H" pada 13 Disember yang lalu bersempena dengan Sambutan Hari Kelahiran Baginda Rasulullah S.A.W pada tahun ini. Program ini adalah dibawah anjuran Unit Dakwah BKKIMM sesi 16/17 dan dihadiri oleh anak-anak Melaka di Mesir.

   Antara objektif yang program ini ialah melahirkan ahli BKKIMM yang menghayati sirah perjuangan Nabi S.A.W. Selain itu, menerapkan nilai adab dan tarbiyah kepada ahli serta menyatupadukan ukhuwah dalam kalangan ahli BKKIMM.

   Program ini telah bermula dengan alunan qasidah dari Kumpulan Soutul Azim sejurus selepas solat fardhu isyak. Majlis juga dimeriahkan lagi dengan bacaan selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad dengan menggunakan alatan muzik.

   Program kemudiannya diteruskan lagi dengan pengisian ilmiah, iaitu Tausiyah daripada Syeikh Islam Bin Majdi Hilal yang berlangsung di Sutuh Rumah Melaka Sementara (RMS) yang berkisar tentang kehidupan baginda setelah diturunkan wahyu untuk menyampaikan dakwah Islam serta tanda-tanda menyayangi Baginda S.A.W

   Program berakhir pada jam 9.30 malam diikuti penyampaian cenderahati oleh Yang Dipertua BKKIMM kepada Syeikh Islam Bin Majdi Hilal serta dihidangkan dengan sedikit jamuan dari pihak penganjur.

   Akhirnya, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua ahli setia BKKIMM yang bersama-sama menjayakan program ini hingga ke akhirnya. Tidak dilupakan juga pada barisan komuniti program yang bersungguh-sungguh menyusun program ini agar berjalan dengan lancar. Semoga dengan pelaksanaan program ini dapat mengingatkan kita semula erti pengorbanan Baginda Muhammad S.A.W dalam menyebarkan dakwah Islam sehingga dapat dikecapi oleh Umat Islam pada hari ini. Moga kita tergolong dikalangan hamba yang dapat meneruskan perjuangan Baginda ini agar  Islam dapat dijulang diatas muka bumi Allah S.W.T

"Sahsiah Diungguli, Kebersamaan Dilestari"
"Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan"

#BKKIMM_Kesatuan_Kami
#BersamaBersatu

Disediakan oleh :
Nurul Fatin Syazana bt Mohd Fauzi
Timbalan Pengarah (Setiausaha) Komuniti Program Sambutan Mulidur Rasul 1438 H
Unit Dakwah Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir
Sesi 2016/2017

No comments:

Post a Comment