Thursday 15 December 2016

ONE STEP TOWARDS SUCCESS



KAHERAH, 13 DISEMBER 2016 –  Sebuah program ' PELANCARAN BULAN GERAK GEMPUR UNIT PENDIDIKAN '  telah berjaya diadakan oleh Unit Pendidikan  Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) sesi 2016/2017 bersempena dengan imtihan fasa 1 yang bakal menjelang pada akhir Disember ini. Program ini berlangsung pada 10 Disember 2016 lalu , bertempat di Sutuh Rumah Melaka Sementara (RMS) . Program ini juga melibatkan seluruh ahli BKKIMM yang berada di Kaherah, Mesir.

     Antara objektif yang hendak dicapai daripada program ini dari peringkat Unit Pendidikan BKKIMM adalah untuk memberikan sebarang bentuk kebajikan dalam aspek pendidikan kepada mahasiswa/wi Islam Melaka Mesir . Kedua adalah untuk meningkatkan penguasaan bahasa arab dan inggeris dalam kalangan mahasiswa/wi dan prestasi akademik dalam sesi pengkuliahan. Selain itu,  program yang diadakan juga bertujuan untuk melahirkan generasi pelapis yang mahir dan berkarisma melalui penguasaan ilmu turathi dan kontemporari.Seterusnya, pihak Unit Pendidikan juga berusaha bagi mengeratkan ukhuwah dalam kalangan ahli melalui medium pendidikan yang ada.


     Program bermula dengan ketibaan ahli BKKIMM selepas solat isya’.Program diteruskan dengan slot motivasi yang disampaikan oleh Ustaz Aiman Fitri bin Zulkifli , Timbalan Yang Dipertua 1 Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir ( BKASM ).Antara pengisian yang disampaikan oleh beliau adalah persediaan sebelum menghadapi peperiksaan.Lebih-lebih lagi, slot motivasi bertambah meriah apabila ramai ahli BKKIMM yang bertanyakan soalan ketika sesi soalan dibuka.


     Seusai mendengar motivasi , program diteruskan lagi dengan ucapan dari Yang Dipertua Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir ( BKKIMM ) sesi 2016/2017,Ustaz Ahmad Razin BIn Mohd Fauzi.Seterusnya merasmikan kempen Pelancaran Bulan Gerak Gempur Unit Pendidikan.

     Bersempena Imtihan fasa 1 yang bakal tiba , pihak Unit Pendidikan BKKIMM telah melantik beberapa orang mentor ikhwah dan akhawat dalam kalangan mahasiswa/wi yang berpengalaman bagi mentee bahagian kuliah dan markaz. Tujuannya adalah untuk memperkasakan lagi cara belajar ahli serta membincangkan tentang pelajaran secara study group bersama-sama.Sijil pelantikan telah disampaikan oleh Yang Dipertua BKKIMM , Ustaz Ahmad Razin bin Mohd Fauzi kepada mentor ikhwah, manakala mentor akahawat disampaikan olehTimbalan Ketua Hewi, Ustazah Wafa Alia bt Mohd Zaid.


      Akhirnya, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua ahli yang bersama-sama menghadiri program ini hingga ke akhirnya.Tidak dilupakan juga kepada pihak komuniti program yang bertungkus lumus menjayakan kempen Pelancaran Kempen Bulan Gerak Gempur pada kali ini. Semoga dengan pelaksanaan program kali ini dapat memberi kesedaran serta membantu  mahasiswa/wi untuk lebih bersemangat dalam pelajaran khususnya dan semoga program ini dapat mencapai tujuan dan objektif yang diharapkan .

"Sahsiah diungguli, Kebersamaan dilestari"
#BKKIMM_Kesatuan_Kami

Disediakan oleh :
Izzah Hafizah bt Abdul Halim
Setiausaha
Komuniti Kempen Pelancaran Bulan Gerak Gempur Unit Pendidikan
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir
Sesi 2016/2017

No comments:

Post a Comment