Friday 2 December 2016

PEMAKLUMAN : TARIKH FAMILY BREAK AMALI BKKIMM SESI 2016/2017

     Segala puji bagi Allah, Tuhan perubah kejadian alam. Menunjukkan bahawasanya alam tidak sentiasa tetap kerana perubahan adalah kitaran yang menstabilkan situasi bagi masyarakat setempat. Pada kali ini Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir BKKIMM dengan bertemakan “Sahsiah Diungguli, Kebersamaan Dilestari” membawakan salah satu penekanan kepada peringkat ahli dan pimpinan iaitu ‘Adab & Tarbiah Pemangkin Ukhuwah Islamiah’. Hal ini kerana bagi seorang penuntut ilmu, tidak lari dari kita untuk mempelajari adab dan menghayatinya dalam kehidupan untuk menjadi pengikut setia Rasulullah S.A.W yang mulia adab pekertinya. Sebagaimana kata Imam Darul Hijrah, Imam Malik Rahimahullah dalam nasihatnya, “Pelajarilah adab sebelum mempelajari suatu ilmu”.
     Adab sahaja tidak mencukupi bagi seorang penuntut ilmu, ianya perlu ditambah dengan tarbiah. Kata Syeikh Mustafa Masyhur, “Tarbiah bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiah.” Apabila elemen tarbiah dijalankan, manusia akan membaiki dan merubah diri mereka ke arah kehidupan yang lebih baik demi mencapai keredaan Allah S.W.T. Sehubungan dengan itu, tarbiah ini akan menghasilkan kekuatan kebersamaan kita dalam menjalankan gerak kerja dakwah kerana jalinan ukhuwah dengan berpaksikan satu aqidah mampu melestarikan kebersamaan yang utuh. Justeru itu, mahasiswa semestinya perlu mempraktikkan garis panduan yang ditetapkan bagi menatijahkan sebuah perubahan yang terbaik malah dipandang mulia di sisi Allah S.W.T.
     Sempena perubahan fatrah pembelajaran kepada peperiksaan fasa pertama Universiti Al-Azhar yang bakal tiba tidak lama lagi, peringkat Jabatan Fasilitator di bawah Unit Dakwah BKKIMM sesi 2016/2017 telah menetapkan tarikh permulaan Family Break Amali bagi fasa ini pada 2 Disember 2016 sekaligus menangguh Family Break Manhaji buat sementara.
     Oleh itu, pihak BKKIMM mengharapkan agar semua ahli melibatkan diri dalam Family Break Amali ini, serta mempunyai jadual yang tersusun bagi menghadapi imtihan yang bakal tiba tidak lama lagi.
     Akhir kata, BKKIMM mendoakan kepada semua mahasiswa/wi di Perlembahan Nil khususnya anak-anak Melaka agar dipermudahkan segala urusan oleh Allah S.W.T.

“Sahsiah Diungguli, Kebersamaan Dilestari”
"Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan"

#BKKIMM_Kesatuan_Kami
#BersamaBersatu

MUHAMMAD AKRAM BIN MAMAD
KETUA UNIT DAKWAH
BADAN KEBAJIKAN KELUARGA ISLAM MELAKA MESIR
(BKKIMM) sesi 2016/2017

No comments:

Post a Comment