Thursday 1 December 2016

KENYATAAN TAWAQUF PROGRAM


   Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW penghulu segala Nabi, para keluarga  Baginda SAW yang banyak membantu perjuangan Baginda SAW serta para sahabat RA yang mendokongi dan menyambung dakwah Baginda SAW.

    Sesi pengajian pengkuliahan sesi 2016/2017 bagi fasa pertama kini semakin rancak dalam tempoh persediaan menuju ke musim peperiksaan. Semua mahasiswa/wi sedang sibuk berhempas pulas mengulangkaji pelajaran dengan memanfaatkan setiap masa yang ada bagi memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut.

   Sehubungan itu, Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) dengan ini memaklumkan bahawa tanggal 2 Rabiul Awal 1438 H bersamaan 1 Disember 2016 sebagai tarikh penangguhan sebarang program di peringkat BKKIMM dengan pengecualian program yang berbentuk ilmiah dan motivasi sahaja dibenarkan berlangsung. Ini kerana,  bagi memberi ruang persediaan kepada mahasiswa/wi dalam menghadapi peperiksaan yang akan tiba tidak lama lagi.

Oleh itu, BKKIMM mengharapkan seluruh mahasiswa/wi dapat memanfaatkan setiap peluang dan ruang yang ada serta memberikan sepenuh perhatian dalam pelajaran agar mahasiswa Melaka Mesir terus berkehadapan dari sudut ilmu dan thaqafah bertepatan dengan gagasan BKKIMM " Pemantapan Fikrah Melalui Thaqafah & Ilmiah". BKKIMM mendoakan agar semua mahasiswa memperolehi kejayaan dan kecemerlangan dalam peperiksaan fasa pertama ini.

"Sahsiah Diungguli, Kebersamaan Dilestari"
"Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan"

#BKKIMM_Kesatuan_Kami
#BersamaBersatu

Abdul Wafi Bin Abdul Aziz
Timbalan Yang Dipertua
(Ketua Unit Perancang dan Panitia)
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir
Sesi 2016/2017

No comments:

Post a Comment