Thursday 1 December 2016

KEMATANGAN BKKIMM MENAUNGI ANAK MELAKA MESIR




KAHERAH, 8 NOVEMBER 2016 - Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) telah menganjurkan sebuah Program Mega yang julung kali diadakan sejak penubuhan BKKIMM pada tahun 1976 iaitu program ‘40 Tahun Bersamamu BKKIMM’. Program ini melibatkan seluruh ahli BKKIMM yang berada di Mesir samada di Kaherah mahupun Muhafazah. Turut memeriahkan, dengan penyertaan daripada wakil BKAN Taakhi iaitu Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM), Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Pahang (BKMIP) dan Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta(DPMT). Program telah berlangsung dengan jayanya selama hampir dua minggu.

     Antara objektif program adalah bagi melahirkan ahli yang menghayati sejarah BKKIMM dan mewujudkan kesedaran serta sensitiviti anak-anak Melaka terhadap peranan mahasiswa dalam amal islami seterusnya mengerat dan mengukuhkan semangat ukhuwah antara anak-anak Melaka yang berada di perlembahan Nil.

     Program membuka tirainya dengan majlis perasmian yang diadakan di Sutuh Rumah Melaka Sementara (RMS). Majlis dirasmikan oleh saudara Ahmad Rabbani bin Ismail selaku Penasihat BKKIMM sesi 2016/2017, seterusnya melancarkan gimik perasmian program 40 Tahun Bersamamu BKKIMM.

     Pengisian diteruskan pada hari yang berikutnya, dengan slot talkshow ilmiah yang bertajuk "العلم بلا عمل كالشجر بلا ثمر"  Seusai slot talkshow, majlis diserikan dengan tayangan video berkaitan program BKKIMM sepanjang sesi lepas.


     Saat yang dinantikan bagi semua anak Melaka iaitu pertandingan piala YDP bersama BKAN Taakhi  manakala di bahagian akhawat pula telah berlangsungnya ujibakat Wardatul Hamra’ dengan kerjasama Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan (UKKS) serta aktiviti indoor.

     Bagi memberikan kefahaman ahli Melaka terhadap keperluan berpersatuan di samping menuntut ilmu, sebuah slot talkshow yang bertajuk ‘Di Bawah Satu Bumbung’ telah diadakan. Acara seterusnya disambung dengan ‘Teamwork Activities’ dan disusuli slot Journey of BKKIMM sebagai pengisian terakhir.

     Pada hari terakhir program sebelum penangguhan, telah berlangsungnya pertandingan bola jaring piala Timbalan Ketua HEWI di bahagian akhawat yang bertempat di padang Zahra’. Sementara itu, di bahagian ikhwah telah menjalani pertandingan indoor seperti carrom, chess dan ping pong.


     Di sebelah malam, telah diadakan majlis perasmian penangguhan program yang disempurnakan oleh saudari Wafa Alia binti Mohd Zaid selaku Timbalan Ketua Hewi BKKIMM '16/17 seterusnya penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi semua acara yang dipertandingkan dan tayangan video sepanjang program. Majlis diakhiri dengan acara memotong kek sebagai gimik penangguhan program yang disempurnakan oleh saudara Ahmad Razin bin Mohd Fauzi selaku YDP BKKIMM '16/17

     Akhir sekali, semoga semua ahli Melaka khususnya dapat mengeratkan hubungan silaturrahim termasuk bersama ahli daripada BKAN Taakhi melalui pengisian-pengisian yang telah dijalankan di samping dapat menambah thaqafah dalam diri masing-masing. Dalam masa yang sama, dapat memahami dan menghayati sejarah BKKIMM sejak awal penubuhannya dan keperluan persatuan ini untuk terus bergerak menaungi anak Melaka di Mesir. Semoga kesatuan ini dipelihara Allah S.W.T daripada segala anasir yang cuba memecahbelahkannya.

“ Sejarah Dihayati, Mahasiswa Berintegriti ”
“ Sahsiah Diungguli, Kebersamaan Dilestari ”
" Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan"

#BKKIMM_Kesatuan_Kami
#BersamaBersatu

Disediakan Oleh:
Muhammad Aizudin bin Ab Razak
Setiausaha
Komuniti program 40 Tahun Bersamamu BKKIMM
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir
Sesi 2016/2017

No comments:

Post a Comment