Friday 11 November 2016

MAJLIS UCAPTAMA YANG DIPERTUA DAN RAMAH MESRA AJKT : MENGENALI PIMPINAN


 


     Kaherah, 4 November 2016 - Majlis Ucaptama Yang Dipertua Dan Ramah Mesra Ajkt merupakan satu program di bawah anjuran Jabatan Setiausaha Agung BKKIMM sesi 2016/2017.Program ini dilaksanakan setiap tahun pada awal sesi kenaikan baru sebagai pengenalan Ahli Jawatan Kuasa Tertinggi(AJKT) sesi 2016/2017  kepada semua ahli BKKIMM bagi lebih mengenali pimpinan mereka.
     Pada 1 November 2016, majlis perasmian bermula selepas isyak setelah  dihadiri oleh ahli BKKIMM  dan dirasmikan oleh perasmi iaitu Ustaz Anuar Bin Abdullah selaku Penasihat Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir(BKKIMM) yang bertempat di sutuh Rumah Melaka Sementara.
     Majlis Ucaptama Yang Dipertua Dan Ramah Mesra Ajkt diteruskan lagi dengan sesi pengenalan AJKT dan HEWI dimulai dari Unit Kesenian Dan Sukan(UKKS) merangkap Unit Perhubungan Sambutan Dan Rehlah(UPSR) dan diakhiri dengan Yang Dipertua.Kemudian, semua pimpinan memperkenalkan diri dan bidang tugas setiap unit agar semua ahli lebih mengetahui setiap gerak kerja mereka.Oleh itu, jika berlaku sebarang permasalahan mereka boleh merujuk kepada unit yang berkenaan.
     Agenda majlis diteruskan lagi dengan Ucaptama Yang Dipertua, yang telah disampaikan oleh Yang Dipertua BKKIMM Ustaz Ahmad Razin Bin Mohd Fauzi sendiri.Beliau membacakan isi kandungan buku ucaptama sementara semua ahli BKKIMM peka mendengar. Antara isi kandungan yang disebutkan oleh Yang Dipertua BKKIMM ialah mengenai 40 Tahun BKKIMM memimpin gerakan mahasiswa, tema BKKIMM iaitu “Sahsiah Diungguli Kebersamaan Dilestari” serta pembawaan BKKIMM sesi kali ini , Adab Dan Tarbiah Pemangkin Ukhuwah Islamiah  dan Kemantapan Ekonomi Dan Kebajikan. Seterusnya, isi kandungan menarik yang disebutkan oleh Yang Dipertua BKKIMM ialah berkenaan BKKIMM Prihatin sebelum diakhiri dengan slogan pada tahun ini, BKKIMM KESATUAN KAMI.
     Selesai ucaptama dibacakan, bermula sesi pembahasan dimana ahli berbahas atau memberi cadangan berkenaan dengan apa yang tertulis di dalam buku ucaptama.Beberapa orang ahli yang bangun untuk berbahas dan banyak beri cadangan demi penambahbaikan BKKIMM, seterusnya Majlis Ucaptama Yang Dipertua Dan Ramah Mesra  diakhiri dengan ikrar taat setia.
     Sebelum program berakhir semua ahli dan AJKT berkumpul untuk bergambar sebagai tanda kenang-kenangan dan sedikit jamuan diadakan oleh komuniti pelaksana program. Semoga dengan berlangsungnya program ini, semua ahli dan AJKT lebih menambahkan ukhuwah antara satu sama lain serta mendapat redha Allah Ta’ala. Ucapan terima kasih kepada semua komuniti pelaksana dan ahli yang turut hadir dalam program ini. Semoga Allah merahmati kita semua.
Sekian.

“Sahsiah Diungguli, Kebersamaan Dilestari”
“Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan”

#BKKIMM_Kesatuan_Kami
#BersamaBersatu

Disediakan Oleh:
Jundullah Bin Said
Setiausaha
Ucaptama Yang Dipertua Dan Ramah Mesra AJKT
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir Sesi 2016/2017

No comments:

Post a Comment