Monday 7 November 2016

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE -29 (MAT 29)


KAHERAH,16 OKTOBER 2016 – Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-29 (MAT 29) telah dianjurkan oleh Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir sesi 2015/2016 sebagai medium dalam meyampaikan dan menyuarakan pandangan serta cadangan untuk menambahbaik perjalanan BKKIMM pada sesi akan datang. Program ini telah berlangsung pada 15 Oktober 2016 di Dewan Wisma  Nusantara Rabaah. 

   Beberapa hari sebelum berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan, Ambang Santai MAT 29 1.0 dan 2.0 dibawah kelolaaan komuniti pelaksana Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 29 (MAT 29) yang telah dilaksanakan pada 8, 9 dan 11 Oktober 2016. Program yang diadakan bertujuan mengeratkan lagi ukhwah anak Melaka bersama pimpinan dan seterusnya menghangatkan lagi Mesyuarat Agung Tahunan kali ke - 29 (MAT29). Antara aktiviti yang dijalankan pada Ambang Santai 1.0 ialah explorace  bagi akhawat dan Futsal Tournement bagi ikhwah. Kemudian pada Ambang Santai 2.0 pula telah dihangatkan pengisian indoor iaitu Slot penerangan etika musyrif dan Talk Show Unit Bait Muslim (UBM).  

   Pada hari MAT 29 berlangsung, di sebelah paginya telah dijalankan proses pembungan undi untuk memilih calon Yang Dipertua (YDP) BKKIMM sesi 2016/2017 diantara Saudara Ahmad Razin bin Mohd Fauzi yang merupakan YDP sesi 15/16 dengan Saudara Muhammad Anuar bin Abdullah pula merupakan Penasihat BKKIMM sesi 15/16. Semua Ahli Bkan Melaka yang hadir menjalankan tanggungjawab sebaiknya dengan mengundi calon pilihan masing-masing dan memberi sokongan penuh kepada persatuan BKKIMM. Seterusnya, tleah berlangsung majlis perasmian yang telah dirasmikan oleh Saudara Ahmad Baihaqi bin Rashid yang merupakan penasihat Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang yang merupakan BKAN Taakhi diperingkat BKKIMM.
Kemudian, agenda mesyuarat telah dimulakan dengan pengesahan Minit mesyuarat kali ke-28  oleh Setiausaha Agung, pembentangan laporan gerak kerja dan kewangan daripada setiap unit dan Jabatan BKKIMM Kemudian pembentangan serta perbahasan usul dan cadangan daripada ahli mesyuarat untuk mementukan pembawakan BKKIMM pada sesi hadapan untuk dijayakan secara bersama. Majlis diteruskan dengan ucapan penangguhan pimpinan BKKIMM sesi 15/16 dan seterusnya  pengumuman calon Yang DiPertua BKKIMM sesi 16/17 oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Calon yang mendapat undian mejoriti daripada anak-anak Melaka ialah Saudara Ahmad Razin bin Mohd Fauzi untuk mengekalkan  kedudukan sebagai Yang Dipertua BKKIMM bagi sesi 2016/2017.
 
   Sebelum program menutup tirainya, pihak komuniti telah mempersembahkan tayangan video aktiviti BKKIMM sepanjang sesi 15/16 kepada semua ahli. Program MAT 29 diakhiri  dengan majlis  penyampaian hadiah kepada semua  AJKT sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan. Anugerah AJKT terbaik untuk sesi 15/16 telah diterima oleh Saudara Amirul Fadhzil bin Zahar dan Saudari Ain Hanisah binti Abdul Hannan. Bagi Saudara Muhammad Haziq bin Zainal Abidin serta  Saudari Haziyah binti Jamaludin pula telah dinobatkan untuk menerima anugerah Emas BKKIMM untuk sesi kali ini.

   Akhir sekali, warga komuniti mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga BKKIMM yang telah bertungkus-lumus menjayakan MAT 29 BKKIMM pada tahun ini sama ada secara langsung atau tidak. Semoga survival BKKIMM dapat dipertahankan sehingga akhirnya melalui ruangan perbincagan seperti ini serta silih berganti pimpinan yang menerajui bahtera yang berpegang dengan dasar al-Quran dan as-Sunnah sebagai satu-satunya wadah kesatuan anak Melaka di Mesir. 

“Syura Diteladani, Resolusi Disepakati”
"Sahsiah Diungguli, Kebersamaan Dilestari"
“Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan"”

#BKKIMM_Kesatuan_Kami
#BersamaBersatu
#JomKeMAT29

Disediakan oleh :
Muhammad Firdaus bin Ahmad
Setiausaha Program(Unit Promosi) 
Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke - 29  
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir 
sesi 2015/2016

No comments:

Post a Comment