UPP BKKIMM 2017. Powered by Blogger.

Monday, 3 October 2016

KENYATAAN RASMI YDP BERKAITAN ISU PENEMPATAN RUMAH MELAKA SEMENTARA (RMS)

Assalamualaikum w.b.t

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين. أما بعد.

Allah swt berfirman :

(إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُمْ بُنْيَانٌ مَرْصُوصٌ)

(Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.)

Pada 26 September 2016 yang lepas,  bangunan Wisma Seri Melaka (WSM) menjadi saksi perhimpunan mahasiswa/wi anak Melaka di Mesir mengemukakan Rayuan Penempatan Anak Melaka Mesir kepada pihak pegawai Atase Pendidikan Negeri Melaka En Mohd Anwar bin Idris. Walaubagaimanapun, respon daripada pihak pegawai amat mengecewakan. Wakil anak -anak Melaka telah berkali-kali cuba menghubungi beliau bagi berunding tentang permasalahan ini, namun tiada sebarang respon yang diberikan oleh beliau selaku pihak berwajib yang bertanggungjawab terhadap kebajikan anak-anak Melaka di Mesir. Berikutan itu, semua anak Melaka melahirkan kekesalan terhadap tindakan pegawai yang tidak mahu membuka ruang perbincangan bersama bahkan tidak mengendahkan rayuan yang dikemukakan oleh anak-anak Melaka.

     Rentetan itu, saya selaku Yang Dipertua BKKIMM bersama beberapa orang wakil ahli telah mengambil inisiatif dengan mengadakan beberapa kali perjumpaan bersama pihak tuan rumah bangunan Rumah Melaka Sementara (RMS). Dalam perjumpaan bertarikh 30 September 2016, pihak tuan rumah menuntut bayaran sewa pada bulan Oktober untuk memperbaharui kontrak termasuk perkongsian bayaran antara pihak tuan rumah bersama para pelajar bagi perkhidmatan mengubahsuai kondisi RMS yang semakin uzur. Lalu diperingkat saya dan beberapa wakil ahli yang ada dalam perbincangan tersebut memutuskan untuk meneruskan sewaan RMS untuk bulan Oktober. Untuk makluman semua juga, kos sewaan RMS mencecah sebanyak le 26,000. Segala perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

     Akhir kalam, BKKIMM mengharapkan sokongan dan dokongan daripada semua ahli Melaka agar segala usaha yang disusun membuahkan hasil yang diharapkan. Dalam masa yang sama, akan terus komited dalam membawa isu-isu kebajikan kepada pihak berwajib demi membuahkan penyelesaian yang terbaik bagi semua pihak khususnya anak-anak Melaka yang menuntut ilmu di Perlembahan Nil dalam bidang sains kesihatan dan pengajian Islam. Semoga Allah swt memelihara kesatuan ini daripada sebarang anasir perpecahan dan terus menjadi wadah kesatuan anak-anak Melaka di bumi Mesir ini.

"BERILMU DAN BERAMAL"
"MAHASISWA BERHIKMAH, BAKTI DICURAH"

AHMAD RAZIN BIN MOHD FAUZI,
YANG DIPERTUA,
BADAN KEBAJIKAN KELUARGA ISLAM MELAKA MESIR
SESI 2015/2016

No comments:

Post a Comment

author
BKKIMM
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir kini menjangkau usia 40 Tahun dalam memimpin wadah kesatuan anak Melaka sejak 1976. Tahun demi tahun, badai dan ujian yang datang mematangkan dan menguatkan Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) ini agar terus kukuh dan utuh dalam memimpin wadah ini.