UPP BKKIMM 2017. Powered by Blogger.

Thursday, 29 September 2016

KRONOLOGI ISU PENEMPATAN ANAK MELAKA DI MESIR

Pautan : KRONOLOGI ISU PENEMPATAN ANAK MELAKA DI MESIR 
http://bkanmelaka.blogspot.com.eg/2016/09/kronologi-isu-penempatan-anak-melaka-di.html

2014

BULAN                                                   PERISTIWA

Mei
  • Pegawai meminta semua penghuni mengosongkan WSM untuk memudahkan proses baik pulih. 
  • September
  • Hasil rundingan BKKIMM bersama kerajaan negeri, anak-anak Melaka ditempatkan di Rumah melaka Sementara pada bulan September semasa tempoh pengislahan.
  • Pada 7 September dalam satu pertemuan antara wakil AJKT BKKIMM bersama Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)  En. Yusof bin Abu Bakar yang menjamin kemasukan semula anak-anak Melaka setelah berakhir proses baik pulih bangunan tersebut dan proses perpindahan semula ke bangunan WSM selewat-lewatnya pada akhir bulan september.
  • Proses baik pulih mengambil masa selama setahun.




2015

BULAN                                                 PERISTIWA

Oktober
  • Anak-anak Melaka dimaklumkan proses perpindahan semula ke Wisma Seri Melaka (WSM) oleh Pegawai Atase Pendidikan telah ditangguhkan.


November

  • Pada 21 November 2015, anak-anak Melaka  menghadiri satu sesi temuduga yang diadakan oleh wakil MAIM untuk kemasukan semula ke Wisma Seri Melaka (WSM).



2016

BULAN                                                 PERISTIWA

Januari

  • Pegawai memaklumkan senarai nama temuduga akan diumumkan pada bulan februari akan tetapi sekali lagi proses ini ditangguhkan.
  • Pada 21 Januari telah diadakan pertemuan Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Encik Yusuf bin Abu Bakar bersama ibu bapa di Masjid Al-Azim Melaka.
- Dalam pertemuan tersebut Setiausaha MAIM itu telah menjanjikan kepada para ibubapa bahawa semua anak Melaka di Mesir akan di masukkan semula ke dalam bangunan Wisma Seri Melaka (WSM) atau Wisma Melaka (WM) selepas proses baikpulih dan pembinaan siap sepenuhnya.


Mei

  • Pelajar yang diterima masuk ke Wisma Seri Melaka (WSM) telah menerima satu mesej tawaran daripada pihak pegawai  dan mereka diminta untuk berpindah ke WSM semasa para pelajar sedang menghadapi peperiksaan.
  • Pimpinan Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) telah mengadakan pertemuan dengan pegawai bagi membincangkan masalah yang belaku.


http://bkanmelaka.blogspot.com.eg/2016/05/bkkimm-membawa-suara-dan-harapan-anak.html



Jun

  • Pada 1 Jun delegasi Kerajaan Negeri Melaka telah mengadakan lawatan kerja ke Wisma Seri Melaka (WSM), dengan kehadiran tersebut pimpinan BKKIMM  mengadakan satu pertemuan dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka bagi mencari solusi terbaik.

- Antara cadangan yang dicadangkan oleh Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) adalah untuk memanjangkan kontrak sewaan Rumah Melaka Sementara  (RMS) sehingga Wisma Melaka siap dibina sepenuhnya.

http://bkanmelaka.blogspot.com.eg/2016/08/perjumpaan-bkkimm-bersama-setiausaha.html





Ogos                                                       PERISTIWA

TARIKH / HARI
6 .8. 2016

  • Satu pertemuan diadakan oleh pembantu pegawai En. Ibrahim bin Husin untuk  memaklumkan Rumah Melaka Sementara (RMS) perlu dikosongkan dan semua penghuni RMS perlu mencari rumah sewa sehingga akhir Ogos.


14.8.2016

  • Satu pertemuan anak-anak Melaka bersama pimpinan BKKIMM  bagi membincangkan kata sepakat bersama berikutan pemakluman pembantu pegawai sebelum ini. 


http://bkanmelaka.blogspot.com.eg/2016/08/isu-penempatan-perjumpaan-bersama.html


 
16.8.2016

  • Wakil AJKT BKKIMM di Malaysia telah mengadakan satu pertemuan dengan SU MAIM bagi membincangkan permasalahan dan isu penempatan yang dihadapi oleh anak-anak Melaka di Mesir.


http://bkanmelaka.blogspot.com.eg/2016/08/bkkimm-membawa-kesepakatan-anak-melaka.html



 18.8.2016

  • Wakil pimpinan BKKIMM telah mengadakan satu pertemuan bersama pegawai Atase Pendidikan Melaka di PPWSM  untuk membawa suara dan permasalahan isu penempatan anak-anak Melaka di Mesir serta menyerahkan kertas tandatangan solidariti mereka tetapi ditolak oleh pihak pegawai.


http://bkanmelaka.blogspot.com.eg/2016/08/bkkimm-membawa-isu-penempatan-anak.html



21.8.2016

  • Wakil pimpinan BKKIMM saudara Muhammad Amirul Fitri Bin Mazlan telah menghadiri pertemuan bersama ibu bapa pelajar Melaka Mesir di Malaysia anjuran Persatuan Ibubapa Mahasiswa Mesir Melaka (PIBMMM) bagi membincangkan seputar permasalahan dan isu penempatan yang dihadapi oleh pelajar Melaka di Mesir.


http://bkanmelaka.blogspot.com.eg/2016/08/bkkimm-dan-pibmmm-kerjasama-2-benua.html




  • Kenyataan wakil setiap Batch anak-anak Melaka di Mesir hasil daripada pertemuan mereka bertujuan membincangkan permasalahan yang dihadapi dan mencari solusi terbaik untuk memastikan kebajikan anak-anak Melaka di sini terus terjaga.


http://bkanmelaka.blogspot.com.eg/2016/08/kenyataan-bersama-wakil-setiap-batch.html



29.8.2016

  • Satu serahan memorandum Isu Penempatan Anak Melaka di Mesir kepada SU MAIM bagi menyatakan bantahan dan tidak bersetuju dengan tindakan MAIM menamatkan kontrak sewaan RMS sebelum WM siap dibina seperti mana yang dijanjikan sebelum ini serta memberikan beberapa cadangan terbaik bagi terus memelihara kebajikan anak Melaka di Mesir. Dalam memorandum itu telah menyatakan pihak yang berkenaan perlu memberi maklum balas sebelum tamat tempoh sewaan RMS.     


30.8.2016

  • Memorandum yang sama turut diserahkan kepada setiausaha sulit Ketua Menteri Melaka, setiausaha sulit SUK negeri Melaka dan  Pengurus Besar Tabung Amanah Pendidikan Melaka (TAPEM). 



September                                               PERISTIWA

TARIKH / HARI
1.9.2016
Khamis

  • Satu peristiwa warga arab tempatan yang cuba menghalau keluar anak-anak Melaka daripada Rumah Melaka Sementara (RMS).


http://bkanmelaka.blogspot.com.eg/2016/09/kenyataan-rasmi-yang-dipertua-berkaitan.html#more


7.9.2016
Rabu

  • Beberapa wakil pimpinan BKKIMM yang diketuai oleh saudara Ahmad Razin bin Mohd Fauzi Yang Dipertua BKKIMM telah membuat pertemuan rasmi dengan Duta Besar Malaysia ke Republik Arab Mesir, T.Y.T Dato’ Ku Jaafar Ku Shaari di pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah (KBMK).


http://bkanmelaka.blogspot.com.eg/2016/09/luahan-isu-penempatan-anak-melaka-ke.html#more



10.9.2016
Sabtu

  • Satu perjumpaan diantara pegawai Atase Pendidikan Melaka En. Muhd Anwar bin Idris dengan beberapa wakil pimpinan BKKIMM di Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka (PPWSM) bertujuan bagi memaklumkan keputusan kerajaan negeri berkenaan status RMS selepas peristiwa 1 September 2016  dan WSM bagi pelajar pengajian Islam.



24.9.2016
Sabtu

  • Satu lagi pertemuan bersama semua anak Melaka di Mesir yang bertempat di Sutuh, Rumah Melaka Sementara (RMS) berkaitan isu penempatan. Pertemuan ini bagi memaklumkan kepada para anak Melaka situasi semasa gerak kerja yang telah dilaksanakan pimpinan BKKIMM bagi menyelesaikan isu ini selepas pegawai Atase memaklumkan keputusan kerajaan negeri yang sama iaitu tidak akan menyambung kontrak sewa RMS dan status para pelajar pengajian Islam yang ditawarkan menghuni Wisma Seri Melaka hanya berkuat kuasa sehingga 31 Disember 2016 dan pelajar yang terlibat perlu mengosongkan kediaman mereka mulai 1 Januari 2017.



26.9.2016
Isnin

  • Mahasiswa/wi anak Melaka di Mesir telah mengadakan satu bentuk Rayuan Penempatan Anak Melaka Mesir kepada peringkat pegawai Atase Pendidikan Melaka supaya dapat menyelesaikan permasalahan ini di hadapan Wisma Seri Melaka.







No comments:

Post a Comment

author
BKKIMM
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir kini menjangkau usia 40 Tahun dalam memimpin wadah kesatuan anak Melaka sejak 1976. Tahun demi tahun, badai dan ujian yang datang mematangkan dan menguatkan Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) ini agar terus kukuh dan utuh dalam memimpin wadah ini.