Wednesday 28 September 2016

BKKIMM WORKSHOP’16 MELAHIRKAN MAHASISWA SEIRING KEMODENAN ZAMAN



KAHERAH, 28 September 2016 –  Sebuah program BKKIMM WORKSHOP  telah berjaya dianjurkan oleh Unit Penerangan dan Penerbitan Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) sesi 2015/2016 dengan kerjasama komuniti pelaksana program yang telah diadakan Siri Pertama pada 15 Mac 2016 dan Siri Kedua pada 17 September 2016, bertempat di Sutuh Rumah Melaka Sementara (RMS).



Antara objektif yang hendak dicapai daripada program ini dari peringkat Unit Penerangan Dan Penerbitan BKKIMM adalah melahirkan ahli BKKIMM yang menguasai kemahiran teknologi terkini. Seterusnya adalah, melahirkan lebih ramai tenaga separuh mahir bagi mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja mahir dan yang terakhir mempelbagaikan uslub dakwah dalam kalangan ahli seiring kemodenan zaman.

   BKKIMM  WORKSHOP siri pertama dihidangkan dengan pengisian Adobe Photoshop serta Video Sony Vegas. Slot pertama pengisinya ialah, Ustaz Wan Mohd  Ikhram bin Wan Fauzi yang didatangkan khas dari BKAN Melaka sendiri. Seterusnya, program diteruskan dengan slot Video: Sony Vegas yang dikendalikan oleh Ustaz Ahmad Hakimi bin Suhaimi.

   BKKIMM Workshop siri kedua dimulakan dengan  Slot Teori (Audio & Siaraya) oleh Ustaz Fathul Fussilat bin Fauzi (Ahli Media Penerbitan KPKM). Untuk Slot Praktikal audio disebelah akhawat, tenaga pengajarnya ialah Ustaz Hafiz bin Jasman (Krew Malacca Multimedia Centre). Manakala, disebelah ikhwah, praktikal audio dan siaraya dikendalikan sendiri oleh Ustaz Fathul Fussilat bin Fauzi. Melalui slot ini, para peserta dapat menambah pengetahuan berkenaan audio dan siaraya serta dapat mempraktikkan ilmu teori yang telah diajarkan oleh pengisi. Seterusnya, Slot kedua iaitu Adobe Photoshop yang dikendalikan oleh pengisi daripada BKAN Melaka sendiri, iaitu Ustazah Hazirah binti Zainal Abidin. Para peserta telah didedahkan dengan perkara-perkara asas di dalam Adobe Photoshop.

   Program diteruskan dengan slot Soft Skill : Kesetiausahaan yang dikendalikan oleh Ustaz Muhammad Mu’aaz bin Ramli. Untuk slot ini, pengisi menerangkan dengan lebih terperinci tentang cara-cara mengendalikan Microsoft Word  dan Microsoft Excel  dengan betul serta berkongsi tips-tips yang berguna kepada para peserta. Program diteruskan dengan Majlis Perasmian Penutup oleh Yang Dipertua BKKIMM sesi 15/16 Ustaz Ahmad Razin bin Mohd Fauzi dan ucapan penghargaan oleh Pengarah program BKKIMM WORKSHOP  juga selaku Ketua Unit Penerangan Dan Penerbitan Ustaz Muhammad Ikhram Bin Samsudin. Para peserta diberikan penghargaan dengan cenderahati tanda terima kasih dari pihak Unit Penerangan Dan Penerbitan BKKIMM sesi kali ini.

   Peringkat Unit Penerangan Dan Penerbitan BKKIMM sesi kali ini dengan berkat usaha dan doa semua pihak, telah melahirkan lebih kurang 11 peserta yang menyertai program tersebut yang mahir dalam soft skill dan teknikal. Kemahiran asas daripada program ini dipraktikkan melalui program-program anjuran BKKIMM sama ada berbentuk mega atau separa mega.

   Akhirnya, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada para peserta yang bersama-sama menyertai program ini hingga ke akhirnya. Tidak dilupakan juga kepada pihak komuniti program yang bertungkus lumus menjayakan BKKIMM Workshop pada kali ini. Semoga dengan pelaksanaan program kali ini dapat melahirkan lebih ramai Mahasiswa/wi yang mahir serta celik dalam pelbagai kemahiran IT dan semoga program ini dapat mencapai tujuan iaitu objektif yang diharapkan.

“Generasi Berteknologi, Seiring Dunia IT”

“Mahasiswa Berhikmah, Bakti Dicurah”
“BKKIMM Tetap Di Hati”

Disediakan Oleh :
Athirah binti Safiuddin
Setiausaha BKKIMM Workshop,
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir sesi 2015/2016.



No comments:

Post a Comment