Sunday 25 September 2016

UMMATIC SACRIFICE, JOURNEY OF KHALIFAH



25 September 2016 - Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir telah menganjurkan sebuah program Festival Aidiladha dan Haflah Najihin 2016 (FALAH'16) khusus untuk anak-anak Melaka dengan bertemakan Ummatic Sacrifice, Journey of Khalifah, bersempana sambutan Hari Raya Aidiladha dan majlis anugerah kecemerlangan buat mahasiswa/wi yang berjaya dalam peperiksaan pada tahun ini.

Aturcara program bermula pada 11 September 2016  dengan perutusan Yang Dipertua BKKIMM yang disampaikan oleh saudara Ahmad Razin bin Mohd Fauzi dan diteruskan dengan  takbir raya dari rumah ke rumah.


    Pada keesokan harinya, program bermula seawal jam 6 pagi untuk solat sunat Aidiladha di Masjid Tantawi. Pada jam 1 petang, peserta program Falah'16 diberi pengisian mengenai kursus sembelihan dan praktikal yang disampaikan oleh Ustaz Ailani bin Ruslanddin. Pada sebelah malam pula,para peserta diberi pendedahan mengenai Fiqh Manasikh Haji oleh Ustaz Muhammad Fairus bin Mat Yassin.

    Program diteruskan pada keesokan harinya dengan tazkirah subuh oleh Ustaz Ahmad Fariz bin Mohd Zaini. Seterusnya, aktiviti sembelihan dan melapah haiwan korban sebanyak seekor unta, 17 ekor kambing dan 2 ekor khoruf (biri-biri) yang dilakukan secara bergotong-royong di Rumah Melaka Sementara. Selesai sembelihan dan melapah, daging korban diagihkan kepada anak-anak Melaka yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Khidhir bin Abdul Hamid selaku Timbalan Yang Dipertua BKKIMM. Kemudian, selepas solat maghrib pula diadakan bacaan Yassin dan tahlil dengan kerjasama Unit Dakwah.

    Pada hari terakhir program dimulakan kuliah dhuha di sebelah pagi yang disampaikan oleh Ustazah Khalilah bt Zainon dengan tajuk “Manifestasi Cinta Nabi Ibrahim A.S”. Selepas itu, program diteruskan dengan rumah terbuka pada sebelah petang. Pada jam 8 malam telah diadakan talkshow bertajuk “Erti Pengorbanan dan Nilai Sebuah Kejayaan” yang disampaikan oleh Dr Imran Kasran. Program diteruskan dengan acara kemuncak iaitu majlis penutup dengan menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan Falah’16 dan juga penyampaian hadiah kepada mahasiswa yang cemerlang pada tahun ini.

      Akhirnya, pihak komuniti Falah'16 mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua anak-anak Melaka yang terlibat dalam menjayakan program Falah'16 pada kali ini. Kami juga mengharapkan agar kalian dapat mengambil manfaat atas setiap pengisian yang disediakan daripada komuniti Falah’16.

“Ummatic Sacrifice, Journey of Khalifah”
“Mahasiswa Berhikmah, Bakti Dicurah”
“BKKIMM TETAP DI HATI”

Disediakan oleh:
Setiausaha Kerja,
Festival Aidiladha dan Haflah Najihin 2016 (FALAH'16),
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir
Sesi 2015/2016

No comments:

Post a Comment