Wednesday 13 December 2017

PERJUMPAAN AHLI: KESEPAKATAN AHLI DAN PIMPINAN MEMBAWA BERKAT.

Kaherah, 11 Disember 2017, Isnin: Sutuh Rumah Melaka Sementara III (RMS III) sekali lagi telah merakamkan perjalanan program perjumpaan diantara ahli dan pimpinan bagi membuka ruangan perbincangan berkenaan kadar sewaan RMS III pada masa akan datang. 
Perbincangan pada pertemuan kali ini dikendalikan sendiri oleh Ustaz Muhammad Anuar bin Abdullah, Yang Dipertua BKKIMM sesi 2017/2018 dan ditemani bersama Ustaz Ahmad Solihin bin Ahmad Tamrin Zakry, Bendahari Agung (Ketua Unit Kebajikan) sesi 2017/2018.

    Perjumpaan ini diberkati dengan bacaan doa  daripada Ketua Unit Dakwah, Ustaz Sharul Ikmal bin Rahim. Perbincangan dimulai dengan pembentangan jumlah kemasukan dan pengeluaran Tabung Kebajikan Anak Melaka Mesir (TKAMM) oleh Ustaz Ahmad Solihin. Seusai pembentangan, Yang Dipertua BKKIMM telah menjelaskan berkenaan permasalahan yang dihadapi oleh BKKIMM berikutan peningktan kadar yuran sewaan ahli.

   Seterusnya, BKKIMM membuka ruangan perbincangan dan mengumpulkan pandangan ahli dalam menyelesaikan permasalahan secara bersama. Tuntas daripada itu, pihak pimpinan merangkumkan daripada hasil perbincangan tersebut dan membuat keputusan yang terbaik dengan yuran sewaan yang terpaksa dinaikkan itu ditanggung sepenuhnya oleh BKKIMM buat sementara waktu dan akan menyusun tindakan susulan bagi menangani perkara tersebut
Semua ahli telah bersama bersepakat dengan keputusan yang dikeluarkan oleh Yang Dipertua BKKIMM. Akhir perjumpaan ini ditutup dengan bacaan doa, sesi bergambar bersama ahli dan jamuan ringan.

Sekian, Terima Kasih.


“Mahasiswa Rabbani, Membumi Bakti”
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"

#BKKIMMKesatuanKami
#BersamaBersatu

Disediakan oleh:
Athirah binti Mohd Safi'uddin
Naib Setiausaha Agung,
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir
sesi 2017/2018.

No comments:

Post a Comment