Wednesday 13 December 2017

PROGRAM AHLAN SYITA'

KAHERAH, 27 november - Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) telah menjayakan sebuah program "AHLAN SYITA" pada 27 November yang lalu bersempena dengan kemasukan musim sejuk yang baru sahaja menjelang tiba. Program ini telah diadakan di Surau Rumah Melaka Sementara lll, Hayyu Sabik di bawah anjuran Jabatan Bendahari Agung (Unit Kebajikan) BKKIMM sesi 2017/2018 dan dihadiri oleh anak-anak Melaka di Mesir.

   Objektif program ini dilaksanakan adalah bertujuan menerangkan kepada ahli BKKIMM mengenai persiapan yang perlu ada ketika musim sejuk . Di samping itu juga, memberi pencerahan kepada ahli tentang penyakit-penyakit yang sering dihadapi oleh pelajar-pelajar pada musim sejuk serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan ahli BKKIMM. Program ini bermula pada  jam 8 malam dengan ucapan pengerusi majlis dan diteruskan dengan pengisian daripada Doktor Zaim bin Mohd Zaini yang merupakan pelajar PERUBATAN Al-Azhar tahun 4 dan disertakan dengan sesi soal jawab antara ahli dan pengisi, pada akhir majlis juga diselitkan dengan taklimat keselamatan RMS III yang diterangkan oleh Unit Perumahan BKKIMM sesi 2017/2018.

  Akhir sekali, semoga dengan pelaksanaan program ini dapat mengingatkan kita tentang penjagaan yang perlu ada ketika musim sejuk supaya terhindar daripada penyakit-penyakit dan semoga dapat terus menjalankan aktiviti Islam serta istiqomah dalam menyampaikan risalah dakwah Islamiyyah.

"Mahasiswa Rabbani, Membumi Bakti"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"

#BKKIMMKesatuanKami
#BersamaBersatu

Disediakan oleh : 
Setiausaha | Jabatan Bendahari Agung (Unit Kebajikan) | BKKIMM sesi 2017/2018

No comments:

Post a Comment