Saturday 9 December 2017

PROGRAM TAUSIYAH MAULIDUR RASUL

KAHERAH, 3 DISEMBER - Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) telah menjayakan sebuah program "Tausiyah Maulidur Rasul 1439 H" pada 3 Disember yang lalu bersempena dengan Sambutan Hari Kelahiran Baginda Rasulullah S.A.W pada tahun ini. Program ini telah diadakan di Maktabah Syeikh Rif'at Fauzi, Hayyu Sabik. Program ini adalah di bawah anjuran Unit Dakwah BKKIMM sesi 17/18 dan dihadiri oleh anak-anak Melaka di Mesir.

   Objektif  program ini dilaksanakan adalah untuk melahirkan ahli BKKIMM yang menghayati sirah perjuangan Nabi S.A.W. Di samping itu, menerapkan nilai adab dan tarbiyah kepada ahli serta menyatupadukan ukhuwah dalam kalangan ahli BKKIMM.

   Program bermula selepas solat Asar dengan ucapan alu-aluan dari pengerusi majlis kemudian diteruskan dengan pengisian ilmiah iaitu bacaan Hadith serta Tausiah yang disampaikan oleh Syeikh Rif'at Bin Fauzi. Majlis dimeriahkan lagi dengan alunan qasidah yang dipersembahkan dari Kumpulan Shoutul Azim sejurus selepas mendengar pengisian dari Syeikh Rif'at. 

   Akhirnya, semoga dengan pelaksanaan program ini dapat mengingatkan kita akan erti pengorbanan Baginda Muhammad S.A.W dalam menyampaikan dakwah Islam sehingga dapat dikecapi oleh umat Islam pada hari ini. Harapannya semoga kita semua tergolong dalam kalangan umat yang dapat meneruskan perjuangan Baginda supaya Islam akan tertegak di muka bumi Allah SWT suatu hari nanti. 

"Mahasiswa Rabbani, Membumi Bakti"
"Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan"

#FastabiqulKhairat
#BKKIMMKesatuanKami
#BersamaBersatu

Disediakan oleh :
Izzah Hafizah Binti Abdul Halim 
Timbalan Pengarah (Setiausaha) Komiti Program Sambutan Mulidur Rasul 1439 H
Unit Dakwah Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir
sesi 2017/2018

No comments:

Post a Comment