Thursday 7 December 2017

KENYATAAN TAWAQUF PROGRAM

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan pencipta alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Baginda S.A.W, ahli keluarga, para sahabat serta penyambung risalah Baginda S.A.W. Semoga Allah merahmati umat Islam di seluruh pelusuk dunia, Amin.

Pada tempoh ini menampakkan seluruh mahasiswa/wi pengajian islam sedang berhempas pulas membuat persediaan peperiksaan fasa pertama bagi sesi pengkuliahan sesi 2017/2018. Peringkat Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) pula tidak terlepas dalam menyusun pelbagai aktiviti-aktiviti berbentuk pendidikan bagi menyuntik serta membantu lagi mahasiswa/wi menghadapi waktu-waktu yang genting ini.

Sehubungan itu, pihak Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) ingin memaklumkan kepada seluruh mahasiswa/wi di perlembahan Nil bahawa tanggal 18 Rabiul Awal 1439 Hijrah bersamaan 6 Disember 2017 Masihi adalah adalah tarikh penangguhan sebarang program di peringkat BKKIMM. Manakala 20 Rabiulawal 1439 Hijrah bersamaan 8 Disember 2017 Masihi adalah tarikh bermulanya FB Amali.

Akhir sekali, pihak BKKIMM amat mengharapkan kepada semua dapat menghadiri  dan memberikan komitmen kepada FB yang dijalankan serta tidak mensia-siakan waktu-waktu yang berbaki kecuali dengan menggunakan waktu-waktu tersebut melakukan perkara-perkara berfaedah, mengulang kaji pelajaran dan lain-lain supaya dapat menjadi mahasiswa/wi yang berkaliber dari pelbagai sudut. Bertepatan dengan gagasan BKKIMM "PEMANTAPAN FIKRAH MELALUI THAQAFAH DAN ILMIAH" pihak BKKIMM mendoakan agar semua berjaya dan memperolehi kejayaan dalam peperiksaan serta memahami konsep ilmu yang sebenar-benarnya.

"MAHASISWA RABBANI, MEMBUMI BAKTI"
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN MELESTARIKAN KESATUAN"

#BKKIMMKesatuanKami
#BersamaBersatu

MUHAMMAD AUDI BIN ISMAIL
Timbalan Yang Dipertua
(Ketua Unit Perancang dan Panitia)
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir
Sesi 2017/2018

No comments:

Post a Comment