Friday 1 December 2017

EKONOMI DIJANA,UKHUWAH TERBINA

KAHERAH, 25 November 2017 - Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka  Mesir  di bawah Unit Ekonomi telah menganjurkan sebuah program separa mega yang diberi nama Bazar Melaka Old Town 2017 yang bertemakan “Ekonomi Dijana, Ukhuwah Dibina”.

Program Bazar Melaka Old Town  kali ini telah menggariskan  tiga objektif utama yang ingin dicapai daripada penganjuran program ini iaitu yang pertama  melahirkan ahli yang berkemahiran dalam muamalat mengikut perspektif Islam, mengukuhkan ekonomi BKKIMM serta membantu ahli dalam menjana hasil pendapatan dan yang terakhir memupuk semangat bekerjasama secara kolektif dan melestarikan ukhuwah dalam kalangan ahli BKKIMM.

Program ini telah berlangsung pada 15, 16 dan 18 November  bertempat di Masjid Salam, Hayyu Asyir. Pada hari pertama ,  majlis perasmian Bazar Melaka Old Town`17 telah dimulai dengan ucapan pengarah program iaitu Saudara Muhammad Rohaizad bin Md Noh dan disusuli ucapan daripada Yang DiPertua BKKIMM Saudara Muhammad Anuar bin Abdullah, seterusnya majlis diserikan lagi dengan ucapan perasmi oleh Ustaz Aminordin bin Abd Rahim , Yang DiPertua Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang sekaligus menyempurnakan gimik perasmian Program Bazar Melaka Old Town`17.

Program Bazar Melaka Old Town`17  yang  berlangsung selama tiga hari ini telah diisi dengan pelbagai aktiviti menarik, Antaranya ialah permainan Tradisional , Tembaga Celaru , Persembahan Nasyid , Talk Show  dan Putera Puteri Berhias. Pelbagai jenis juadah yang telah dihidangkan di Bazar Melaka Old Town`17 antaranya ialah nasi lemak ayam goreng, laksa, minuman kopi Old Town dan pelbagai lagi.

Program anjuran Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada  kalangan mahasiswa mahasiswi  Melaka mahupun ahli negeri lain. BKKIMM berharap semoga program berbentuk keusahawanan ini dapat terus dilaksanakan bagi melahirkan mahasiswa mahasiswi  yang mahir dalam pelbagai bidang.

Akhirnya pihak komiti Bazar Melaka Old Town`17 merakamkan ucapan penghargaan yang tidak terhingga dan sekalung tahniah di atas kebersamaan ahli BKKIMM yang memeriahkan lagi sambutan Bazar Melaka anjuran BKKIMM ini. Semoga daripada program yang diadakan ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah sesama anak melaka di Perlembahan Nil ini.

Sekian,

”Mahasiswa Rabbani, Membumi Bakti”

Disediakan Oleh,
Muhammad Nur Salman Bin Mohd Saiful Bhari,
Setiausaha (Promosi & Disiplin),
Bazar Melaka Old Town`17,
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir sesi 2017/2018

No comments:

Post a Comment