Tuesday 31 October 2017

EL-MATEEN : SYURA DISEPAKATI KECEMERLANGAN DIHARGAI

19 Oktober 2017, KAHERAH- Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir telah mengadakan program Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke – 30 dan Haflah Najihin (EL-MATEEN). Program tersebut telah diadakan di Masjid Tantawi, Hayyu Sabie’, Kaherah Mesir dan kehadiran telah dihadiri seramai 84 pelajar termasuk muhafazah-muhafazah yang lain.


Antara objektif program tersebut ialah, memberi peluang kepada ahli untuk melontarkan idea-idea yang bernas bagi membina dan mengukuhkan lagi kedudukan dan halatuju kesatuan BKKIMM pada masa hadapan. Seterusnya, menanam sifat rela berkorban dalam kalangan ahli BKKIMM dalam menempuh ujian dan rintangan yang menjadi sunnatullah kehidupan.


Pihak komiti telah menganjurkan ambang EL-MATEEN dengan pertandingan futsal Piala Hang Tuah bagi ikhwah. Manakala program ambang bahagian akhawat pula ialah HEWI Mencemar Duli. Program ambang tersebut berlangsung dengan lancar selama satu hari.


Sebelum bermulanya program EL-MATEEN majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran Al-Karim oleh Saudara Muhammad Akmal Bin Mamad dan ucapan dari pengarah EL-MATEEN Saudara Ahmad Solihin Bin Ahmad Tamrin Zakry. Seterusnya ucapan dari YDP BKKIMM Saudara Muhammad Anuar Bin Abdullah dan diakhiri ucapan perasmian dari Penasihat BKKIMM Saudara Mohd Aidil Bin Mohd Hassim.



Laporan bagi minit mesyuarat kali ke -29 telah dikelolai oleh Saudara Muhammad Audi Bin Ismail sebagai Setiausaha Agung BKKIMM sesi 2016/2017 untuk disemak bersama ahli sidang mesyuarat. Seterusnya, minit mesyuarat telah dicadangsah dan disokong oleh ahli bersidang yang hadir.


Mesyuarat diteruskan pada hari kedua dengan pembentangan laporan kewangan BKKIMM yang dikelolai oleh saudara Muhammad Ikhram bin Samsudin selaku Bendahari Agung (Ketua Unit Kebajikan) sesi 2016/2017 dan perbahasan usul dalam kalangan ahli jawatankuasa dan ahli sidang mesyuarat. Perbahasan usul telah dipersetujui kesemua ahli sidang mesyuarat dengan jayanya.

Program tersebut diteruskan lagi dengan sesi penyampaian anugerah kepada para graduasi yang telah tamat pengajian di Universiti Al-Azhar dan Anugerah Emas serta penghargaan kepada barisan mantan Ahli Jawatankuasa Tertinggi BKKIMM sesi 2016/2017.


Tuntasnya, program EL-MATEEN dapat memberikan anak-anak Melaka satu didikan yang mantap kerana program ini telah berlangsung selama dua hari iaitu pada hari Khamis dan Sabtu. Semoga anak-anak Melaka di Mesir mendapat satu manisan ukhuwah yang terbina hasil daripada lontaran muhasabah dan penambahbaikan antara pimpinan dan ahli demi kelangsungan wadah kesatuan anak melaka iaitu BKKIMM.

Wallahu’Alam, Sekian.

“Berilmu dan Beramal”

"Mahasiswa Rabbani, Membumi Bakti"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"

#BKKIMM_Kesatuan_Kami
#BersamaBersatu

1 comment:

  1. Semoha dipermudahkan urusan BKKIMM dalam memberi kebajikan kepada anak-anak Melaka. Amin

    ReplyDelete