Wednesday 11 October 2017

HEWI's CARE: KERANA DIRI ANDA BEGITU BERHARGA

Kaherah, 16 September 2017- Bertemakan ‘Mahasiswi Kontemporari, Refleksi Generasi”, Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir sesi 2016/2017 telah menganjurkan sebuah program yang diberi nama 'HEWI’s CARE'.Program ini telah diadakan di Sutuh Rumah Melaka Sementara III. Seramai lima puluh ahli akhawat yang hadir bagi memeriahkan program tersebut. Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan persaudaraan dan memupuk kasih sayang dalam kalangan mahasiswi BKKIMM, membentuk sahsiah muslimah selari dgn acuan Al-Quran dan As-Sunnah serta melahirkan mahasiswi Islam yang berthaqafah serta cemerlang dari segi adab dan tarbiah.

   Seawal jam 10.30 pagi, team medical  hadir untuk sesi medical check-up kepada ahli. Antara rawatan yang disediakan ialah pemeriksaan Indeks Jisim Badan (BMI), tekanan darah, jenis darah dan sesi  nasihat kesihatan. Setelah selesai medical check-up, majlis berehat sebentar dan diteruskan dengan majlis perasmian. Timbalan Ketua HEWI, Ustazah Wafa Alia binti Mohd Zaid telah merasmikan majlis HEWI’s CARE pada kali ini. Majlis diteruskan dengan slot ‘Is Vaccine Related to Fiqh’ yang disampaikan oleh Dr. Mardhiah binti Md. Ashram, Kuliah Perubatan Al-Azhar. Dalam slot ini disentuh berkenaan vaksin serta kegunaannya dalam Islam. Kemudian, majlis diisi dengan pengisian ‘Muslimah Nowadays’ yang berkisarkan tentang kecantikan dalam dan luaran.

   Setelah itu majlis berehat sebentar lalu diteruskan dengan 'Game Ukhwah' yang dikendalikan oleh pihak komiti sendiri. Kemudian, majlis diteruskan dengan slot ‘Stylish Handmade’ oleh Ustazah Farah Huda binti Jamani daripada Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM). Seusai pengisian, majlis penutup diteruskan dengan ucapan Pemangku Yang Dipertua, Al-Fadhil Ustaz Abdul Wafi bin Abdul Aziz dan penyampaian hadiah bagi ‘Princess Village’. Majlis berakhir dengan sambutan hari lahir bagi semua akhawat BKKIMM dan sesi bergambar.

   Akhir sekali, peringkat komiti HEWI’s CARE mengharapkan agar program kali ini dapat mencapai objektif serta semua peserta dapat mengambil manfaat daripada pengisian-pengisian yang disediakan.

“Mahasiswi Kontemporari, Refleksi Generasi”
“Sahsiah Diungguli, Kebersamaan Dilestari”
#BKKIMMKesatuanKami

Disediakan oleh :
Setiausaha(Cenderahati) HEWI’s CARE
Badan kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir
Sesi 2016/2017.

No comments:

Post a Comment