Sunday 24 December 2017

RELAX' 17: MEMBINA KEJAYAAN BERSAMA

KAHERAH, 20 Disember 2017 – Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) telah mengadakan sebuah program berbentuk santai yang dinamakan RELAX. Tujuan program ini dilaksanakan bagi merehatkan minda semua ahli BKKIMM sebelum menghadapi imtihan tidak lama lagi.

   Antara objektif penganjuran RELAX adalah merapatkan ukhuwah antara ahli BKKIMM di dalam fatrah imtihan. Selain itu, memberikan semangat dalam menghadapi imtihan dan memupuk semangat kerjasama antara ahli BKKIMM. Ia juga disambut baik dengan kehadiran ahli seramai lebih kurang seratus orang.

   Aktiviti ringkas RELAX dimulai dengan penyediaan juadah makanan, seterusnya solat hajat dan tahlil ringkas seusai solat maghrib berjemaah. Setelah itu, ahli BKKIMM diperdengarkan kalam motivasi daripada Yang Dipertua BKKIMM Ustaz Muhammad Anuar bin Abdullah dan diakhiri dengan jamuan menarik daripada RELAX.
   Akhir sekali, kami BKKIMM mengharapkan dan berdoa agar semua ahli BKKIMM dipermudahkan urusan serta berjaya dalam imtihan kali ini. Semoga Allah sentiasa memberkati dan meredhai ahli serta kesatuan ini.

Sekian, Terima Kasih.

“Mahasiswa Rabbani, Membumi Bakti”
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"

#BKKIMMKesatuanKami
#BersamaBersatu

Disediakan oleh :
Setiausaha,
RELAX’17
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir
sesi 2017/2018

No comments:

Post a Comment