Wednesday 21 March 2018

PEMANTAPAN TARBAWI,MERINTIS GENERASI RABBANI

     Kaherah,15 April 2017 - Komiti Urus Setia Sambutan Mahasiswa/wi Baru 2017 (USMB’17) telah mengadakan satu program iaitu Minggu Tautan Mahabbah 2017 (MIFTAH’17) yang berlangsung selama 3 hari bagi memberi pendedahan  kepada mahasiswa/wi berkaitan Mesir  serta minggu suai kenal antara sesama ahli. Antara pengisiannya, explorace, pendedahan tentang Universiti Al-azhar dan pengenalan tentang PMRAM serta Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN). 

   Pada 10 Mac 2018 pula, komiti telah melaksanakan satu jaulah  ke Giza dan Qal’ah Salahuddin yang disertai seramai 19 orang akhawat, manakala seramai 11 orang ikhwah ke Giza dan  Sungai Nil. Jaulah ini bertujuan agar, ahli dapat melihat tinggalan sejarah disamping menambah ilmu pengetahuan serta menguatkan ukhuwah antara mahasiswa/wi USMB’17. 

   Pada 13 Mac yang lalu, peringkat komiti USMB’17 telah menjalankan pelbagai aktiviti menarik sebelum majlis penutup. Antaranya ialah  outdoor game dan Gerak Kerja Berkumpulan (GKB)  berdasarkan pembentangan kitab yang pernah disampaikan sebelum ini iaitu ‘Peranan Pemuda Dalam Membawa Risalah Islam’. GKB ini telah ditaqliqkan oleh Ustaz Lutfil Hadi bin Abdul Hannan dan Ustazah Siti Syazwani Haniyyah binti Mohd Shariff.

   Seuasai aktiviti sebelum majlis penutup dijalanakan, komiti diteruskan dengan majlis graduasi USMB’17 yang akan melabuhkan tirai dengan ucapan penutup daripada Ustaz Muhammad Akram bin Mamad, Pengarah USMB’17 dan kalam akhir daripada Ustaz Muhammad Anuar bin Abdullah, Yang Dipertua Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir Sesi 2017/2018. Majlis diserikan lagi dengan penyampaian hadiah bagi kumpulan usrah terbaik serta peserta terbaik ikhwah dan akhawat yang dinamakan sebagai ‘Qudwah Hasanah’. Sebelum berakhirnya majlis, pihak komiti telah menayangkan  tayangan video sepanjang program dan sedikit jamuan.

   Akhir sekali, selain dapat memberi bimbingan kepada ahli USMB’17, harapan komiti USMB’17 agar ahli dapat membentuk ikatan aqidah yang baik dan meningkatkan kekuatan yang jitu dalam mengharungi cabaran dan mehnah yang mendatang  serta dapat melahirkan generasi Rabbani yang mampu berbakti untuk keluarga, masyarakat dan negara.

‘Pemantapan Tarbawi, Merintis Generasi Rabbani’
‘Mahasiswa Rabbani, Membumi Bakti’
‘Memurni Pemikiran Melestari Kesatuan’

Disediakan oleh:
Setiausaha (Publisiti), Urus Setia Sambutan Mahasiswa/wi Baru 2017, (USMB’17)
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir sesi 2017/2018.

No comments:

Post a Comment