UPP BKKIMM 2017. Powered by Blogger.

Saturday, 24 March 2018

HARI PELANCARAN UNIT (HPU)

KAHERAH, 8 Mac 2018 –  Telah berlangsung sebuah program HARI PELANCARAN UNIT (HPU) di bawah Unit Dakwah Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) sesi 2017/2018 beserta Pelancaran Kempen Kebersihan (Panorama 1.0) di bawah Unit Perumahan BKKIMM sesi 2017/2018. Program ini telah berlangsung di Sutuh Rumah Melaka Sementara III (RMS III) dan ia turut melibatkan seluruh ahli BKKIMM yang berada di Kaherah, Mesir. 

     Antara objektif di bawah program Hari Pelancaran Unit (HPU) yang diadakan adalah untuk memperkenalkan fungsi unit-unit yang berada di bawah Unit Dakwah secara literalnya. Seterusnya, program ini juga bertujuan menerapkan nilai adab dan tarbiyah kepada ahli serta memupuk nilai kefahaman dan kebersamaan melalui amalan berjemaah. Sementara, objektif Pelancaran Kempen Kebersihan yang diberi nama Panorama 1.0  ini diadakan adalah bertujuan untuk melahirkan ahli yang kreatif dan inovatif dalam keceriaan serta memberi kefahaman kepada ahli akan peri pentingnya kebersihan berdasarkan konsep Islam terutama dalam persekitaran kehidupan seorang mahasiswa bagi membentuk suasana belajar yang bersih dan selesa.

     Majlis pelancaran dimulai dengan ucapan pembukaan majlis yang disampaikan oleh Ustaz Sharul Ikmal bin Rahim selaku Ketua Unit Dakwah BKKIMM sesi 2017/2018. Seusai ucapan pembukaan, program diteruskan dengan ucapan perasmian dari Yang Dipertua BKKIMM sesi 2017/2018, Ustaz Muhammad Anuar bin Abdullah. Kemudian program diserikan dengan pelancaran gimik perasmian dari beliau. 
Seterusnya, pihak program telah menjemput Ustaz Muhammad Hafiz Syakirin bin Mohd Yazid selaku Ketua Unit Perumahan BKKIMM sesi 2017/2018 untuk memberikan sedikit ucapan berkaitan Kempen Kebersihan sekaligus melancarkan kempen tersebut. 

     Majlis di akhiri dengan serahan sumbangan daripada Jabatan Bendahari Agung (Unit Kebajikan) BKKIMM sesi 2017/2018 kepada mahasiswa/wi yang terpilih yang merupakan sumbangan daripada Muslim Care sebagai bantuan perbelanjaan.

     Akhirnya, Semoga dengan perlaksanaan program kali ini dapat memberikan kesedaran serta membantu mahasiswa/wi untuk lebih bersikap cakna akan suasana yang baik dari segi kebersihan dan pentarbiyahan diri dan mencapai tujuan atau objektif seperti yang diharapkan . 

#FastabiqulKhairat
#BKKIMMKesatuankami
#BersamaBersatu

Disediakan oleh :
Setiausaha Program
Hari Pelancaran Unit  
Unit Dakwah 
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir sesi 2017/2018

No comments:

Post a Comment

author
BKKIMM
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir kini menjangkau usia 40 Tahun dalam memimpin wadah kesatuan anak Melaka sejak 1976. Tahun demi tahun, badai dan ujian yang datang mematangkan dan menguatkan Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) ini agar terus kukuh dan utuh dalam memimpin wadah ini.