Sunday 15 April 2018

KENYATAAN TAWAQUF PROGRAM FASA SATU

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga, para sahabat serta pembawa agama Allah S.W.T. Moga-moga kita semua dalam dakapan dan perlindungan Allah S.W.T.

Kegusaran para mahasiswa dan mahasiswi semakin terserlah kerana sesi pengkuliahan bagi fasa 2 sudah menghampiri ke penghujungnya. Mahasiswa dan mahasiswi bertungkus lumus mempersiapkan diri bagi menghadapi imtihan yang bakal ditempuhi. Majlis Gabungan BKAN (MGB) dan semua Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) tidak terlepas dalam memberikan semaksima mungkin inisiatif bagi membantu para mahasiswa dan mahasiswi.

Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) di bawah kelolaan Unit Pendidikan tidak terlepas dalam memastikan semua ahli bagi pengajian Islam BKKIMM dapat bersedia untuk menghadapi imtihan yang bakal menjelma. Antara inisiatif yang disusun program-program berbentuk pendidikan seperti Subject's Booster, Kelas Tutorial, Study Group dan lain-lain. 

       Sehubungan itu, BKKIMM telah memutuskan dan ingin memaklumkan kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi Melaka di perlembahan Nil bahawa tarikh 12 April 2018 Masihi bersamaan 26 Rejab 1439 Hijriah merupakan tarikh penangguhan bagi semua program di peringkat BKKIMM kecuali program-program berbentuk pendidikan.

Akhir sekali, BKKIMM mengharapkan agar semua ahli BKKIMM khususnya memanfaatkan setiap masa dan ruang yang berbaki dalam menghadapi imtihan yang bakal menjelma dengan baik dan tersusun bagi memastikan kecemerlangan yang diimpikan dapat dicapai dan digenggam oleh kita. BKKIMM mendoakan agar seluruh anak Melaka yang akan menghadapi imtihan akan diberikan kemudahan dan memperoleh kejayaan yang cemerlang. 

"Mahasiswa Rabbani, Membumi Bakti"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"

#BKKIMMKesatuanKami
#BersamaBersatu

MUHAMMAD ANUAR BIN ABDULLAH
Pemangku Timbalan Yang Dipertua (Ketua Unit Perancang & Panitia)
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir sesi 2017/2018

No comments:

Post a Comment