Sunday 6 May 2018

USBU' TAARUF WA TAAKHI 2018 (UTUH' 18)


MESIR, 12 April 2018- Sebuah komiti Urus Setia Sambutan Mahasiswa/wi Baharu 2018 (USMB '18) anjuran Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) telah menyambut ketibaan Mahasiswa/wi baharu anak-anak Melaka seramai dua puluh tiga orang yang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan di Cairo International Airport bagi menyambung pelajaran mereka di Ardhul Kinanah, Mesir.

Antara yang turut memeriahkan sambutan kedatangan mereka ialah Yang Dipertua BKKIMM, Ustaz Muhammad Anuar bin Abdullah, dan wakil barisan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) BKKIMM sesi 2017/2018 serta beberapa barisan komiti pelaksana USMB’18. Setelah itu, mereka dibawa pulang ke penginapan anak-anak Melaka iaitu Rumah Melaka Sementara lll (RMS III) di Hayyu Sabi’.

Usbu’ Taaruf Wa Taakhi 2018 (UTUH’18) merupakan sebuah program di bawah kelolaan komiti pelaksana USMB’18. Program UTUH’18 berlangsung pada 12 April hingga 19 April 2018. Program yang diadakan saban tahun ini adalah bertujuan agar para mahasiswa/wi baharu diberikan pelbagai pendedahan selaku penuntut ilmu di Universiti Al-Azhar, Mesir. Program yang berlangsung selama lapan hari ini melibatkan aktiviti di Sutuh RMS III dan di luar premis.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah pembentangan teknik muamalah, taklimat keselamatan dan kesihatan, talkshow pengenalan Al-Azhar dan Mesir, sejarah penubuhan BKKIMM dan Badan Kebajikan Anak Negeri di Mesir serta ta’aruf antara mahasiswa/wi baharu bersama para pimpinan BKKIMM. Mereka juga dibentangkan berkenaan pengenalan pengajian yang bakal diceburi melalui slot Senat Fakulti. Seterusnya, UTUH’18 menyajikan kepada mahasiswa/wi baharu dengan GKB berkaitan muamalah bersama masyarakat tempatan dan sedikit aktiviti luar seperti explorace. Ucapan penangguhan daripada Yang Dipertua BKKIMM Ustaz Muhammad Anuar bin Abdullah diselitkan dalam Program Motivasi Kecemerlangan kendalian Unit Pendidikan BKKIMM sesi 2017/2018. Manakala pada akhir Program UTUH’18, mereka disajikan dengan  talkshow berkaitan pengenalan Hisbah, Unit Biah Solehah dan Unit Bait Muslim. 

Semoga dengan anjuran program ini dapat memberikan pelbagai manfaat dan bantuan bagi mahasiswa/wi baru menjalani kehidupan di bumi Anbiya' ini. Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua barisan komiti pelaksana USMB '18 yang bertungkus lumus dalam bersama-sama membantu menjayakan program kali ini. Semoga Allah S.W.T membalas segala jasa baik kalian pada hari akhirat kelak.

Sekian,
Terima Kasih.

“Generasi Thaqafi, Ulul Albab Rabbani”
“Mahasiswa Rabbani, Membumi Bakti”
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"

#BKKIMMKesatuanKami
#BersamaBersatu

Disediakan oleh: Setiausaha (Promosi & Disiplin) Urus Setia Sambutan Mahasiswa/wi Baharu 2018 Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir sesi 2017/2018

No comments:

Post a Comment