Tuesday 8 May 2018

MUNAJAT KECEMERLANGAN DAN INTROSPEKSI

MESIR, 19 April 2018 - Sebuah program gabungan yang telah dilaksanakan menggabungkan antara program kecemerlangan di bawah Unit Pendidikan, Muhasabah dan cadangan di bawah Jabatan Setiausaha Agung BKKIMM dan penutup Usbu’ Taaruf  Wa Taakhi 2018 ( UTUH’18 )  di bawah Urus Setia Sambutan Mahasiswa/wi Baharu 2018 ( USMB’18 ). Capaian yang ingin pada setiap ahli BKKIMM pada program ini adalah antaranya mengeratkan hubungan antara AJKT dan ahli-ahli Melaka di Perlembahan Nil. Selain itu, mendengar pendapat, muhasabah dan cadangan daripada ahli BKKIMM. Bekerjasama antara AJKT dan ahli dalam menyelesaikan permasalahan BKKIMM, memberi semangat kepada ahli sempena Imtihan serta konsep pengharapan kepada Allah.

Motivasi Kecemerlangan dilaksanakan dalam bentuk talk show, menampilkan ahli panel dari kalangan mahasiswa Mesir yang pertama iaitu Doktor Muhammad Nabil bin Azhar ; Kuliah Perubatan Azhar , manakala panel kedua iaitu Ustazah Siti Aisyah binti Ismail ; Graduan Syariah Al-Azhar dan moderator iaitu Ustazah Wafa Alia binti Mohd Zaid ; Kuliah Syariah Al-Azhar. Seusai sahaja munajat kecemerlangan, program diteruskan dengan Introspeksi pimpinan bersama ahli. Slot ini, berlangsung dengan pembentangan laporan program fasa satu BKKIMM dikendalikan oleh ustaz Muhammad Audi bin Ismail Timbalan Yang Dipertua BKKIMM sesi 17/18. Seterusnya, sesi lontaran cadangan umum kepada BKKIMM yang dikendalikan oleh Ustaz Muhammad Anuar bin Abdullah ,Yang Dipertua BKKIMM sesi 17/18. Setelah itu, Yang Dipertua BKKIMM terus memberikan ucapan penutup untuk program Usbu’ Taaruf  Wa Taakhi 2018 ( UTUH’18 ) merupakan sebuah program di bawah kelolaan komiti pelaksana USMB’18 yang mana berlangsung pada 12 April hingga 19 April 2018.

Semoga dengan anjuran program ini dapat memberikan pelbagai manfaat dan bantuan bagi mahasiswa/wi baharu menjalani kehidupan di bumi Anbiya' ini. Dalam pada itu, amalan muhasabah dan penambah baikan adalah anjuran pedoman Al-Quran dan Sunnah yang mana dapat memberikan manfaat kepada semua.

Sekian,
Terima Kasih.

“Mahasiswa Rabbani, Membumi Bakti”
“Memurnikan Pemikiran Melestari Kesatuan”

#BKKIMMKesatuanKami
#BersamaBersatu

“BERILMU DAN BERAMAL”

Disediakan oleh: Setiausaha Agung Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir
sesi 2017/2018

No comments:

Post a Comment