Wednesday 9 May 2018

SAMBUTAN NISFU SYAABAN DAN RIBAT AHLI

 KAHERAH, 30 April 2018 : Nisfu Syaaban merupakan satu hari yang penting di mana,  saban tahun tarikh itu dihidupkan oleh masyarakat islam. Bagi peringkat Badan Kebjikan Keluarga Islam Melaka Mesir tarikh tersebut diambil peluang untuk meribat hati anak-anak Melaka di samping menghidupkan dengan amalan-amalan yang baik. Program ini telah diadakan selama dua hari dan dihadiri lebih kurang lapan puluh orang ahli BKKIMM.

Program dimulakan dengan aktiviti gotong royong sembelihan dan melapah kambing aqiqah kepada anak Ustaz Ahmad Rabbani bin Ismail dan Ustazah Haziyah binti Jamaludin. Kemudian pada keesokan harinya, ahli digalakkan menghidupkan ibadah bulan Nisfu Syaaban dengan berpuasa. Petang tersebut, program dimulakan dengan bacaan doa selamat, iftar jamaie, solat hajat dan bacaan yassin bagi memberkati dan menghidupkan malam tersebut. Seterusnya, program diteruskan dengan pembentangan dan pemakluman daripada Ketua Unit Perumahan BKKIMM sesi 2017/2018 Ustaz Mohd Hafiz Syakirin bin Mohd Yazid, beliau mengiringi Yang Dipertua BKKIMM sesi 2017/2018 Ustaz Muhammad Anuar bin Abdullah berkaitan kadar sewaan RMS III yang baru kepada penghuni RMS III. Program ditutup dengan sedikit jamuan yang dihidangkan kepada ahli.

Diharapkan agar program ini dapat menguatkan lagi kesatuan di peringkat ahli BKKIMM. Pihak BKKIMM akan sentiasa berbincang bersama antara ahli BKKIMM berkaitan beberapa permasalahan dan penyelesaian.

Mahasiswa Rabbani, Membumi Bakti
Memurnikan Pemikiran Melestari Kesatuan

Disediakan oleh :
Setiausaha Agung (Ketua Unit Pendaftaran dan Muhafazah)
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir
sesi 2017/2018

No comments:

Post a Comment