Sunday 5 August 2018

[BKKIMM MELAHIRKAN MAHASISWA PRODUKTIF]

KAHERAH, 12 Julai 2018 - Unit Penerangan dan Penerbitan di bawah Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) sesi 2017/2018 telah mengadakan satu program kemahiran yang diberi nama 'The Streets Of Multimedia' (SKILL'18) khusus buat Mahasiswa/wi baharu BKKIMM, BKASM dan BKMIP yang bertempat di Sutuh Rumah Melaka Sementara (RMS III).

Program dibawah kelolaan komiti SKILL'18 yang diketuai oleh Ustaz Muhammad Hafizh bin Borhanudin selaku Pengarah program berobjektif memberi pendedahan berkaitan ilmu-ilmu kemahiran dan melahirkan pelapis dalam pelbagai bidang kemahiran terutama di bidang Adobe Photoshop , Sony Vegas dan teknikal kepada pelajar USMB'18 serta menjadikan hasil karya Multimedia sebagai suatu perantaraan dakwah yang berkesan kepada segenap lapisan masyarakat.

Program yang berjalan selama dua hari itu telah dimulakan dengan slot perasmian pembukaan yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Rohaizad bin Mohd Noh selaku pemangku Unit Penerangan & Penerbitan BKKIMM, seterusnya kelas Adobe Photoshop, diikuti kelas Sony Vegas serta kelas teknikal yang masing-masing disampaikan oleh pengisi yang berpengalaman luas dalam bidang kemahiran tersebut dan diakhiri dengan slot perasmian penutup dan kalam taujihad dari Ustaz Muhammad Hafizh bin Borhanudin selaku Pengarah SKILL'18 dan penyampaian hadiah kepada peserta terbaik SKILL'18.

Pihak program mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua peserta yang menjayakan program kemahiran SKILL'18 dan berharap agar para peserta dapat berlatih secara berterusan dalam kemahiran-kamahiran yang telah dipelajari agar ilmu tersebut mampu diamalkan dan dijadikan sebagai wasilah dakwah yang terbaik kepada masyarakat sekeliling.

"Mahasiswa Rabbani, Membumi Bakti"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"

#BKKIMMKesatuanKami
#BersamaBersatu

No comments:

Post a Comment