Sunday 28 October 2018

SYURA TONGGAK ASAS PERPADUAN

KAHERAH, 24 OKTOBER 2018 - Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-31 dan Haflah Najihin (MAHA ‘18) dengan kerjasama Unit Pendidikan pada kali ini. Program yang bertemakan “Kesepakatan Syura, Apresiasi Kejayaan” ini merupakan satu medium yang terbaik bagi ahli untuk melontarkan idea yang bernas mahupun muhasabah bagi mengukuhkan lagi kedudukan serta halatuju BKKIMM pada masa akan datang disamping menghargai kecemerlangan akademik ahli BKKIMM di Perlembahan Nil. MAHA’18 kali ini bertempat di Dewan Masjid Salam, Hayyu ‘Asyir. Program ini mendapat sambutan dengan kehadiran ahli BKKIMM seramai 104 orang sekitar Kaherah dan muhafazah.

Medium MAT- 31 kali ini memberikan tujuan kepada semua ahli BKKIMM dengan berobjektifkan menelusuri dan mengaplikasikan konsep Syura Islam dalam kalangan ahli melalui ibrah sirah Nabi S.A.W. Seterusnya, meneladani adab berjemaah dengan berpandukan sirah perjuangan para sahabat Nabi S.A.W.
Program ini berlangsung selama tiga hari bermula pada 17 Oktober iaitu program Ambang MAHA’18, manakala 20 dan 21 Oktober merupakan hari Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-31. Antara pengisian yang disajikan dalam Ambang MAHA’18 ialah Explorace di Hadiqah Lotus bagi ikhwah, manakala Outdoor Games di Hadiqah Dauliah bagi akhawat dan turut disajikan dengan sebuah forum bertajuk “Syura vs Demokrasi”. Forum ini sedikit sebanyak telah menambah thaqafah ahli berkenaan pengurusan pentadbiran dalam Islam. Pada hari pertama, MAHA'18 telah dimulakan dengan nyanyian Asmaul Husna, lagu PMRAM dan alunan ayat suci Al-Quran oleh Ustaz Abdul Mujib bin Othman. Seterusnya majlis perasmian program dirasmikan oleh Ustaz Ahmad Rabbani bin Ismail selaku Penasihat BKKIMM sesi 2017/2018. Seusai majlis perasmian, MAT-31 dimulakan dengan pembentangan Minit Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-30 oleh saudara Muhammad Ikhram bin Samsudin, selaku Setiausaha Agung (Ketua Unit Pendaftaran & Muhafazah) BKKIMM sesi 2017/2018. MAT-31 diteruskan dengan pembentangan Laporan Aktiviti Tahunan BKKIMM oleh setiap unit, manakala pembentangan Laporan Kewangan BKKIMM sesi 2017/2018 dikendalikan oleh saudara Ahmad Solihin bin Ahmad Tamrin Zakry selaku Bendahari Agung (Ketua Unit Kebajikan) BKKIMM sesi 2017/2018. Seterusnya, MAT-31 kali ini mempunyai dua usul yang diterima dan satu usul tergempar untuk dibahas. Usul yang pertama dibawa oleh saudara Muhammad Khidhir bin Abdul Hamid selaku Ketua Penasihat BKKIMM sesi 2017/2018 dengan matan usul ; “Menggubal beberapa item dalam fasal Undang-undang Tubuh BKKIMM”. Usul kedua pula daripada wakil AJKT, saudara Muhammad Hafiz Syakirin bin Mohd Yazid iaitu “Bersama bersatu memperanankan BKKIMM dalam menuntut hak mahasiswa Melaka di Mesir". Kemudian, saudari Nurul Izzaty binti Azman telah membawa usul tergempar dengan matan “Bersama bersatu mendokong kelangsungan BKKIMM sebagai wadah kesatuan anak Melaka". Ketiga-tiga usul ini telah disepakati dan diterima sebagai usul. Program diserikan lagi dengan Haflah Najihin dan Kempen Pendidikan “Journey to Success” anjuran Unit Pendidikan BKKIMM. Sekalung penghargaan dan anugerah telah diberikan kepada 9 orang graduan dan 18 pelajar cemerlang dalam peperiksaan bagi syukbah masing-masing. Seterusnya, para ahli sidang mesyuarat telah memberikan muhasabah dan cadangan yang baik untuk penambahbaikan BKKIMM bagi sesi akan datang. Ucapan penangguhan ahli telah disampaikan oleh saudara Abu Yamin bin Ramli dan saudari Siti Nur Saadah binti Halis sebagai wakil ahli sidang mesyuarat. Sebelum berakhir mesyuarat, ahli sidang telah diperdengarkan ucapan penggulungan AJKT dan AJKT HEWI sesi 2017/2018 sekaligus mengumumkan pembubaran jawatan bagi sesi tersebut. Seusai MAT-31, program diteruskan dengan Slot SPR yang dikendalikan oleh Dr. Amirul Azmeer bin Asmadi selaku Pengarah Suruhanjaya Pilihanraya BKKIMM 2018. Beliau telah mengumumkan barisan AJKT dan AJKT HEWI baharu bagi sesi 2018/2019. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah, persembahan nasyid oleh kumpulan Soutul Azim dan tayangan video sepanjang sesi. Pihak komiti mengucapkan ribuan terima kasih bagi ahli yang hadir dan menunjukkan komitmen dalam mesyuarat. Semoga usul yang diterima dapat dibawa bersama dengan baik oleh semua ahli setia BKKIMM dan pimpinan disamping mendapat kecemerlangan dalam pelajaran pada masa akan datang. Wallahua’lam. “Kesepakatan Syura, Apresiasi Kejayaan” “Mahasiswa Rabbani, Membumi Bakti” “Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan” #KejayaanBersamaSyura #BKKIMMKesatuanKami #BersamaBersatu Disediakan oleh : Setiausaha (Promosi) MAHA ‘18 BKKIMM sesi 2017/2018

No comments:

Post a Comment